“Saya Tidak Mahu Filem Komedi” – Ammar Ahyan Luah Hasrat Mahu Jadi Pelakon Aksi, Jadikan Sharnaaz Ahmad Sebagai Inspirasi

EntertainmentLifestyle
26 Sep 2025 • 11:56 AM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Baru-baru ini, anak sulung kepada usahawan sensasi, Datuk Seri Aliff Syukri iaitu Ammar Ahyan meluahkan hasratnya mahu menjadi seorang pelakon aksi atau gangster kerana menyifatkan karakter sedemikian seperti lelaki ‘macho’.

Mahu jadi pelakon aksi

Menurut Ammar, 17, keinginan untuk bergelar sebagai pelakon aksi mula timbul selepas dia menonton aktor, Sharnaaz Ahmad menerusi filem Blood Brothers: Bara Naga.

Kalau ditawarkan untuk berlakon, saya nak berlakon dalam filem gangster sebab nampak macho. Saya tidak mahu filem komedi.

Dalam pada itu, Ammar turut mendedahkan dirinya tidak mempunyai bakat dalam bidang nyanyian, namun bapanya sering berusaha untuk dirinya cuba walaupun tidak berminat.

“Menyanyi itu arahan bapa saya”

Namun, dia percaya tindakan Aliff itu hanya untuk melihat dirinya belajar sesuatu baharu, selainkan meningkatkan keyakinan diri.

Saya rasa boleh belajar benda baru kecuali bila orang minta saya menyanyi. Saya memang tidak suka menyanyi tapi kalau nampak saya menyanyi itu adalah arahan bapa saya.

image is not available 2025-09-23 16:33:13

(VIDEO) Gelagat Aliff Syukri Jumpa Tengku Hassanal Buat Ramai Terhibur - "First Time Tengok Datuk Behave"