Ammar Aiman rangkul perak

20 Oct 2026 • 2:54 PM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: Ammar Aiman rangkul perak

PETALING JAYA: Atlet para negara, Ammar Aiman Nor Azmi terpaksa berpuas hati dengan pingat perak selepas gagal mempertahankan emas dalam acara 400 meter (m) lelaki T20 pada Sukan Para Asia Aichi-Nagoya 2026, hari ini.

Ammar Aiman, 24, yang membuat penampilan kedua pada temasya itu, mencatat masa 48.34 saat (s) untuk menamatkan saingan di tempat kedua.

Pingat emas menjadi milik wakil Arab Saudi, Idris Sufyani yang mencatat masa 48.25s sekali gus memecahkan rekod temasya miliknya sendiri iaitu 48.71s yang dilakukan pada pusingan saringan semalam.

Melengkapkan podium adalah atlet Indonesia, Alfin Nomleni selepas meraih pingat gangsa dengan catatan masa 49.18s.

Bagaimanapun, hasrat atlet lompat jauh para negara, Muhammad Nazmi Nasri untuk meraih pingat dalam acara T37/38 tidak kesampaian selepas penyertannya dibatalkan. – UTUSAN

The post Ammar Aiman rangkul perak appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved