Ammar Nazhan Didakwa Siar Semula Perlawanan Piala Dunia 2026 Di TikTok, Netizen Gesa RTM Ambil Tindakan

LocalFootball
1 Jul 2026 • 3:16 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

Pempengaruh media sosial, Ammar Nazhan menjadi perhatian selepas didakwa menyiarkan semula perlawanan FIFA World Cup 2026 menerusi platform TikTok tanpa kebenaran daripada Radio Televisyen Malaysia (RTM), selaku pemegang hak siaran rasmi kejohanan itu di Malaysia.

Dakwaan tersebut dibangkitkan oleh seorang pengguna Threads dikenali sebagai Amirrizzal yang berkongsi beberapa tangkap layar dipercayai memaparkan siaran langsung dilakukan oleh Ammar Nazhan.

Advertisement

ammar nazhan

Menerusi perkongsian itu, siaran langsung berkenaan didakwa berjaya meraih lebih 500,000 tontonan.

“RTM beli siaran untuk rakyat Malaysia, tapi Ammar Nazhan buat live TikTok dan share benda ini satu dunia, gara-gara nak kejar view.”

“Semalam sampai 500,300 ribu orang tengok live dia. Jangan kena saman dengan FIFA atau RTM dah la ye.”

Perkongsian itu turut mengundang pelbagai reaksi netizen, dengan ada yang mempersoalkan tindakan menyiarkan kandungan yang didakwa mempunyai hak cipta tanpa kebenaran.

View this post on Instagram

Susulan dakwaan tersebut, orang ramai turut menggesa pihak berkuasa serta pemegang hak penyiaran mengambil tindakan sewajarnya sekiranya benar berlaku pelanggaran hak penyiaran.

Setakat ini, belum ada sebarang kenyataan rasmi daripada Ammar Nazhan mahupun RTM berhubung dakwaan yang tular di media sosial itu.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

marissa aslam umisya2026-07-01 14:36:47

"Aslam Target 15 Orang Anak" - Umisya Mazlan Syukur Emosi Terjaga Jalani Pantang Kelahiran Anak Ke-4

The post Ammar Nazhan Didakwa Siar Semula Perlawanan Piala Dunia 2026 Di TikTok, Netizen Gesa RTM Ambil Tindakan first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved