Ammar Nazhan Dikecam Lagi! Tayang Siaran FIFA Tanpa Kebenaran, Netizen Gesa RTM Ambil Tindakan

LocalFootball
1 Jul 2026 • 2:17 PM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

Pempengaruh media sosial, Ammar Nazhan menjadi perhatian selepas didakwa menyiarkan semula perlawanan FIFA World Cup 2026 menerusi platform TikTok tanpa kebenaran daripada Radio Televisyen Malaysia (RTM) yang memegang hak siaran rasmi kejohanan tersebut di Malaysia.

Dakwaan itu tular selepas seorang pengguna Threads dikenali sebagai Amirrizzal memuat naik beberapa tangkap layar yang dipercayai memaparkan siaran langsung oleh pempengaruh berkenaan, sekali gus mencetuskan perdebatan dalam kalangan netizen.

Menurut perkongsian itu lagi, siaran berkenaan didakwa meraih lebih 500,000 tontonan dalam tempoh ia disiarkan, sebelum tular dan mengundang kritikan ramai.

“RTM beli siaran untuk rakyat Malaysia, tapi Ammar Nazhan buat live TikTok dan share benda ini satu dunia, gara-gara nak kejar view. Semalam sampai 500,300 ribu orang tengok live dia. Jangan kena saman dengan FIFA atau RTM dah la ye,” katanya.

Image from: Ammar Nazhan Dikecam Lagi! Tayang Siaran FIFA Tanpa Kebenaran, Netizen Gesa RTM Ambil Tindakan

Susulan itu, orang ramai mula menggesa pihak berkuasa serta pemegang hak penyiaran mengambil tindakan sewajarnya terhadap individu terbabit atas dakwaan pelanggaran hak cipta kandungan siaran.

Terdahulu, RTM diumumkan sebagai penyiar utama Piala Dunia FIFA 2026 di Malaysia, selaras usaha kerajaan memastikan akses tontonan lebih inklusif kepada rakyat.

Menteri Komunikasi merangkap Jurucakap Kerajaan Perpaduan, Datuk Fahmi Fadzil sebelum ini memaklumkan siaran kejohanan itu turut disokong oleh Unifi TV sebagai rakan penyiar rasmi bagi memperluaskan capaian siaran.

Beliau turut menjelaskan kerajaan membelanjakan sekitar RM24 juta bagi mendapatkan hak penyiaran kejohanan berprestij dunia itu.

Sumber: Threads amirrizzal

The post Ammar Nazhan Dikecam Lagi! Tayang Siaran FIFA Tanpa Kebenaran, Netizen Gesa RTM Ambil Tindakan appeared first on Borak Daily.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved