“Tak Sangka FYP” – Dikritik Buat Live Stream Piala Dunia 2026 Di TikTok, Ini Respon Ammar Nazhan

LocalFootball
1 Jul 2026 • 9:28 PM MYT
BuzzKini
BuzzKini

Laman Berita Social Malaysia

Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.

Sejak semalam (30 Jun), tular di media sosial isu melibatkan pempengaruh kontroversi, Ammar Nazhan yang didakwa membuat siaran langsung (live) perlawanan Piala Dunia FIFA 2026 di akaun TikTok miliknya.

Tindakan influencer itu nyata mengundang kecaman hingga ramai yang mahu FIFA serta Radio Televisyen Malaysia (RTM) sebagai pemilik hak penyiaran rasmi di Malaysia mengambil tindakan.

Ammar Nazhan Tampil Beri Penjelasan, Dakwa Hanya Berinteraksi & Bersembang Penonton

Terbaharu, Ammar yang juga seorang YouTuber tampil membuka mulut berhubung isu live Piala Dunia FIFA 2026 di TikTok.

Jelas Ammar, dia hanya berinteraksi dan bersembang bersama penonton serta tidak menyangka live tersebut akan muncul di FYP (For Your Page).

“Assalamualaikum semua. Am dah tengok semua post, video dan komen yang tengah viral sejak semalam.

“Terima kasih kepada semua yang masih menyokong dan juga yang memberi teguran dengan cara yang baik.

“Pada awalnya, Am cuma berinteraksi dan bersembang tentang perlawanan bersama penonton ketika game Portugal.

“Langsung tak sangka ia masuk FYP dan mendapat sambutan yang sangat besar daripada ramai peminat bola sepak,” jelasnya.

Isu World Cup: Tiada Niat Menyinggung Atau Menyusahkan Mana-Mana Pihak – Ammar Nazhan

Terang Ammar lagi, dia tiada niat untuk menyinggung atau menyusahkan mana-mana pihak.

Sebaliknya, dia berasa teruja untuk berkongsi keseronokan menikmati suasana perlawanan bersama penonton yang lain.

Ammar berpendapat, Piala Dunia merupakan satu acara yang menyatukan peminat bola sepak dari seluruh dunia.

“Am seronok dapat berkongsi keterujaan dan melihat ramai penonton sama-sama menikmati suasana perlawanan,” katanya.

Terima Terlalu Banyak Kecaman, Sedia Beri Kerjasama Kepada Mana-Mana Pihak

Walau bagaimanapun, Ammar yang mempunyai 1.9 juta pengikut di TikTok menjelaskan, dia telah melihat pelbagai andaian, kecaman serta penghinaan yang dilemparkan terhadapnya tanpa mengetahui keadaan sebenar.

“Ada yang menggelar dengan pelbagai gelaran, mengajak orang lain membenci, malah ada yang mengeluarkan kata-kata yang melampaui batas,” jelasnya.

Namun, dia terbuka untuk bekerjasama dengan mana-mana pihak sekiranya ada perkara yang perlu dijelaskan.

“Kalau ada mana-mana pihak yang mempunyai hak atau merasakan ada perkara yang perlu diperjelaskan. Am sentiasa bersedia memberikan kerjasama melalui saluran yang sewajarnya.

“Apa yang Am harapkan ialah kita semua boleh memberi ruang kepada fakta dan tidak terus menghukum berdasarkan andaian atau content yang dipotong-potong demi mengejar tontonan,” katanya.

Ammar Nazhan Zahir Ucapan Terima Kasih Kepada Mereka Yang Beri Sokongan

Pada masa sama, dia turut menzahirkan ucapan terima kasih kepada mereka yang menyokongnya dan berjanji akan menghasilkan kandungan yang lebih baik pada masa akan datang.

“Am juga manusia biasa. Am ada keluarga, pasukan dan penyokong yang turut terkesan dengan semua yang sedang berlaku.

“Terima kasih kepada semua yang terus bersama Am. Insya-Allah Am akan terus berkarya, belajar daripada setiap pengalaman dan menghasilkan kandungan yang lebih baik pada masa akan datang.

“Semoga kita semua sentiasa memilih untuk menegur dengan adab dan saling menghormati. Terima kasih,” katanya.

[Kemas Kini] Akses Live Ammar Nazhan Di TikTok Disekat 7 Hari

Dalam perkembangan terbaharu, Ammar dalam satu hantaran di TikTok menjelaskan akses siaran langsung akaun tersebut kini digantung sementara selama 7 hari kerana telah melanggar Garis Panduan Komuniti berikutan isu tular itu.

Menerusi hantaran sama, Ammar turut menyatakan rasa hormatnya terhadap FIFA dan penyiar rasmi.

Malah, dia turut menzahirkan ucapan terima kasih kepada pengikut yang telah menyertai siaran langsung sebelum ini dan memberi sokongan terhadapnya.

Bukan itu sahaja, Ammar juga berjanji akan kembali bersiaran sebaik akses live itu dikembalikan kepadanya.

@amnazhan

thank you everyone for keep support , I will be back

♬ original sound – celinesun

Sebelum ini, kecoh di media sosial dakwaan yang menyatakan Ammar membuat penstriman langsung FIFA World Cup 2026 di TikTok sehingga mencecah lebih 500,000 tontonan.

Menerusi hantaran tular, dia didakwa membuat sesi siaran langsung itu kerana ‘views’ apatah lagi difahamkan live tersebut turut diikuti oleh pengguna dari pelbagai negara.

View on Threads

Baca Artikel Berkaitan:

“RTM Bayar Berjuta…” – Influencer Didakwa Buat Live TikTok, Siar Perlawanan Piala Dunia 2026 Secara Percuma [Video]
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved