Ammar Nazhan perjelas isu QR salam kaut – “Tak terlintas wajibkan beri wang”

LocalEntertainment
13 Nov 2026 • 11:43 AM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Personaliti media sosial Ammar Nazhan menjelaskan bahawa kod respons pantas (QR) yang dipaparkan ketika siaran langsung majlis perkahwinannya di YouTube bertujuan memudahkan pemberian hadiah secara digital, susulan paparan itu mencetuskan salah faham dalam kalangan netizen.

Image from: Ammar Nazhan perjelas isu QR salam kaut  – “Tak terlintas wajibkan beri wang”

Menurut Ammar, kemudahan itu disediakan untuk ahli keluarga, sahabat dan kenalan yang ingin memberikan hadiah, terutama mereka yang tidak dapat hadir tetapi mengikuti majlis tersebut menerusi siaran langsung.

“Tidak pernah terlintas dalam fikiran am untuk mewajibkan sesiapa memberikan wang. Hadiah perkahwinan adalah pemberian ikhlas, bukannya satu kewajipan,” ciapannya di Threads, semalam.

Mengulas saiz kod QR yang agak besar dan kekal pada skrin sepanjang siaran, Ammar berkata keadaan itu berpunca daripada kekangan teknikal ketika mengendalikan paparan. Beliau turut mengakui paparan berkenaan boleh dibuat dengan lebih baik.

“Am akui paparan tersebut boleh dibuat dengan lebih baik dan am mohon maaf sekiranya ia menimbulkan salah faham atau menyebabkan sesetengah pihak kurang selesa.” jelasnya.
Image from: Ammar Nazhan perjelas isu QR salam kaut  – “Tak terlintas wajibkan beri wang”

Screenshot

Ammar turut berharap orang ramai tidak menganggap paparan kod QR itu sebagai permintaan wang daripada penonton. Beliau turut berterima kasih kepada semua yang mendoakan dan meraikan hari bahagianya.

“Namun, Am berharap orang ramai tidak terus membuat andaian bahawa am meminta-minta wang daripada penonton hanya kerana adanya QR tersebut.
“Bagi Am, doa yang baik untuk rumah tangga kami jauh lebih bermakna daripada sebarang pemberian wang. Terima kasih kepada semua yang mendoakan dan meraikan hari bahagia kami. Am amat menghargainya,” tambahnya lagi.

Sumber: Threads amnazhan

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved