'Amy, ceritalah benda betul' – Awie

EntertainmentPolitics
12 Jul 2025 • 12:49 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Awie meluahkan rasa kecewa dan tertekan apabila terus dikaitkan dengan kontroversi melibatkan penyanyi rock legenda, Amy Search.

PENYANYI dan pelakon popular, Datuk Awie meluahkan rasa kecewa dan tekanan apabila terus dikaitkan dengan kontroversi melibatkan penyanyi rock legenda tanah air, Datuk Amy Search.

Menerusi satu kenyataan di Facebook pada Sabtu, Awie atau nama sebenarnya Ahmad Azhar Othman meminta agar Amy tampil menjelaskan perkara sebenar berhubung isu yang sedang hangat diperkatakan, demi membersihkan namanya yang turut terpalit.

Menurutnya, beliau kini berdepan tekanan mental apabila terpaksa menjawab pelbagai dakwaan dan spekulasi netizen yang dianggap tidak berasas.

“Amy Search, kau ceritalah benda yang betul. Habis semua manusia kepoh ini tuduh aku! Ambillah tanggungjawab ini, bagitahu perkara yang sebenarnya.

“Penat dan senak dada aku nak membaca dan menjawab hal kau,” katanya menerusi hantaran tersebut.

Sebelum ini, polis mengesahkan menerima laporan daripada penyanyi terkenal Shila Amzah yang mendakwa dirinya diserang secara terbuka oleh seorang artis legenda semasa sesi latihan konsert baru-baru ini.

Timbalan Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Mohamed Usuf Jan Mohamad berkata, laporan dibuat oleh Shila atau nama sebenarnya Nurshahila Amir Amzah pada 10 Julai lalu, kira-kira jam 5.31 petang di Balai Polis Dang Wangi.

Bagaimanapun, Awie tidak memperincikan isu sebenar yang menjadi punca ketidakpuasan hatinya terhadap Amy Search.

 

 

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved