Amyza Aznan Lega Suami Sudah Sedar, Anak Pula Masih Terlantar

Health & FitnessFamily & Parenting
7 Sep 2026 • 3:48 PM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

Pelakon Amyza Aznan kini melalui fasa cukup mencabar apabila dua insan tersayang dalam keluarganya berdepan masalah kesihatan pada masa sama.

Suaminya, Khairil Izhar Mohd Nazir yang sebelum ini ditidurkan akibat paru-paru berair dan tekanan darah tinggi sudah sedar. Namun, dia masih ditempatkan di Unit Penjagaan Rapi (CCU) dan memerlukan bantuan pernafasan.

Abang masih di CCU dan masih memerlukan bantuan pernafasan. Dia juga masih dalam pemantauan doktor.

Dia sudah sedar, cuma berapa lama lagi akan ditahan di CCU bergantung kepada keadaan kesihatannya.- Katanya.

Anak Amyza Aznan masih terlantar di atas katil

Image from: Amyza Aznan Lega Suami Sudah Sedar, Anak Pula Masih Terlantar

Dalam kesibukan menjaga keluarga, Amyza turut mengakui bukan mudah untuk membahagikan masa dengan jadual kerjanya yang padat.

Mahu bahagikan masa memang mencabar sebab jadual yang ketat. Ada juga yang tidak sempat dibuat disebabkan jadual yang terlalu padat.- Katanya.

Image from: Amyza Aznan Lega Suami Sudah Sedar, Anak Pula Masih Terlantar

Pada masa sama, keadaan anak lelaki mereka, Adrian Adam yang menghidap kanser tulang turut memerlukan perhatian apabila kakinya semakin membengkak.

Kaki Adrian membengkak daripada 45 sentimeter kepada 66 sentimeter dan semakin membesar. Sebab itu dia hanya terlantar di atas katil dan tidak ke mana-mana, kecuali pergi mendapatkan rawatan sahaja.- Katanya.

Amyza sendiri turut mengalami demam dan batuk sejak minggu lalu. Dalam keadaan jadual kerja yang ketat serta perlu meberi perhatian kepada suami dan anak, dia tetap cuba menguruskan semuanya sebaik mungkin.

The post Amyza Aznan Lega Suami Sudah Sedar, Anak Pula Masih Terlantar appeared first on Oh! Media.
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved