Anak Along Eyzendy sebak hasrat tak kesampaian – “Ayah pernah janji nak ambil keputusan SPM bersama”

LocalFamily & Parenting
10 Feb 2026 • 10:44 AM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Anak kepada pelakon Allahyarham Along Eyzendy, yang dikenali sebagai Eyman, meluahkan rasa rindu terhadap bapanya yang telah meninggal dunia, selain berkongsi kenangan terakhir bersama arwah.

Hasrat tak kesampaian

image is not available

Menerusi satu hantaran di TikTok, Eyman mendedahkan bahawa bapanya telah lama menerima rawatan di hospital, namun perkara itu dirahsiakan daripada pengetahuan ramai.

https://www.tiktok.com/@maybe_dy09/photo/7604508746949119252

Menurut Eyman, sebelum kembali ke asrama, dia sempat meluangkan masa melawat arwah bapanya, yang ketika itu masih dirawat.

“Ayah memang dah lama warded, tapi dia tak beritahu sesiapa, sebelum balik asrama saya sempat pergi melawat arwah,” kongsi Eyman.

image is not available

Lebih menyentuh perasaan, dia turut berkongsi bahawa arwah bapanya pernah berjanji untuk bersama-sama mengambil keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), namun hasrat tersebut tidak kesampaian

“Ayah janji nak ambil keputusan SPM dengan saya. Tapi Allah lebih sayangkan dia, saya sangat rindu ayah,” tambahnya lagi.

Artikel lain: Isteri sebak dedah pesan terakhir Along Eyzendy -“Kena kuat untuk anak-anak”

image is not available

Untuk rekod, pelakon Along Eyzendy, 47, meninggal dunia pada Ahad lalu selepas tiga hari mendapatkan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Serdang.

Sumber: TikTok eyman