Anak Aminuddin titip penghargaan, bangga semangat juang bapanya

LocalPolitics
2 Aug 2026 • 3:39 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: Anak Aminuddin titip penghargaan, bangga semangat juang bapanya
Antara gambar dan video yang dikongsikan anak Aminuddin menerusi akaun media sosialnya.

SEREMBAN – Anak kepada bekas Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun, meluahkan rasa bangga terhadap ketabahan bapanya yang tetap tenang dan tersenyum meskipun berdepan kekalahan dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan.

Menerusi satu hantaran di platform Threads, Athira Aminuddin berkata, bapanya telah memberikan yang terbaik sepanjang perjuangan dan percaya segala yang berlaku mempunyai hikmah yang telah ditentukan.

Menurutnya, jauh di sudut hati, Aminuddin mengetahui beliau sudah melakukan segala yang termampu dan itu sudah lebih daripada mencukupi.

"Alhamdulillah atas segala-galanya. ALLAH lebih mengetahui apa yang terbaik dan kami percaya dengan segala perancangan-Nya," katanya.

Dalam perkongsian sama, Athira turut menzahirkan penghargaan kepada rakyat Negeri Sembilan atas segala doa, kata-kata semangat dan sokongan yang diberikan kepada keluarganya sepanjang perjalanan politik bapanya.

Beliau turut mendoakan agar ALLAH SWT sentiasa merahmati Negeri Sembilan sebelum mengakhiri hantaran dengan menitipkan harapan agar bapanya dapat berehat seketika serta meluangkan masa bersama cucunya, Haura.

"Terima kasih rakyat Negeri Sembilan atas segala kata-kata yang baik, doa dan sokongan sepanjang perjalanan ini. Sekarang ayah boleh berehat sekejap dan bermain dengan Haura," katanya.

 

 

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved