PM Anwar rai Aliff Rakib, bangga kejayaan julang nama Malaysia di pentas dunia

30 Jul 2026 • 4:25 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menerima kunjungan juara dunia interim Muay Thai Strawweight ONE Championship, Aliff Rakib, di pejabatnya hari ini.

Bukti anak Malaysia punya semangat juang tinggi

Menerusi hantaran di media sosial, beliau mengucapkan tahniah atas kejayaan bersejarah yang dilakar atlet muda itu.dan menyatakan pencapaian tersebut bukan sahaja membanggakan negara, malah bukti anak muda Malaysia memiliki keupayaan, disiplin  serta semangat juang untuk bersaing di peringkat antarabangsa.

Dalam pada itu, Anwar turut berharap kejayaan Aliff Rakib menjadi pemangkin kepada lebih ramai golongan muda untuk berusaha merealisasikan impian masing-masing dengan penuh kesungguhan.

Beliau berkata, pencapaian atlet itu wajar dijadikan contoh bahawa usaha dan ketekunan mampu membawa nama Malaysia ke persada dunia.

“Kejayaan ini bukan sekadar mengharumkan nama Malaysia di pentas antarabangsa, malah membuktikan bahawa anak muda negara memiliki keupayaan, disiplin dan semangat juang untuk bersaing dengan yang terbaik di dunia,”

Image from: PM Anwar rai Aliff Rakib, bangga kejayaan julang nama Malaysia di pentas dunia

Jadikan Aliff Rakib contoh

Anwar juga berharap lebih ramai anak muda akan menjadikan kejayaan Aliff Rakib sebagai inspirasi untuk terus mencipta kecemerlangan dalam bidang masing-masing.

Beliau merakamkan ucapan tahniah kepada atlet berkenaan atas kejayaan yang disifatkan sebagai kebanggaan buat seluruh rakyat Malaysia.

“Semoga pencapaian ini menjadi inspirasi kepada lebih ramai anak muda untuk terus mengejar impian dengan tekad, iltizam dan usaha yang tidak pernah mengenal putus asa. Syabas Aliff Rakib, Malaysia berbangga dengan kejayaan ini,” katanya.

Image from: PM Anwar rai Aliff Rakib, bangga kejayaan julang nama Malaysia di pentas dunia

Terdahulu,  Aliff Rakib mencipta sejarah apabila muncul rakyat Malaysia pertama merangkul gelaran dunia ONE Championship selepas menewaskan legenda Muay Thai Thailand, Sam-A Gaiyanghadao pada acara ONE: The Inner Circle 23 di Stadium Lumpinee, Bangkok.

 Atlet berusia 22 tahun yang lebih dikenali sebagai Aliff Sor Dechapan itu menamatkan pertarungan menerusi knockout pada pusingan kelima sekali gus merangkul Kejuaraan Dunia Interim Muay Thai Strawweight.

Kemenangan itu bukan sahaja menghadiahkan Malaysia gelaran dunia pertama dalam sejarah ONE Championship, malah mengukuhkan kedudukan Aliff sebagai antara bintang baharu paling menyerlah dalam sukan Muay Thai dunia.

Sumber: Facebook Anwar Ibrahim

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved