Anak Aminuddin titip mesej, bangga ayah kekal tabah selepas kalah

LocalPolitics
2 Aug 2026 • 4:27 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Anak Aminuddin titip mesej, bangga ayah kekal tabah selepas kalah

SEREMBAN – Perkongsian anak kepada bekas Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun di media sosial mengundang sebak apabila meluahkan rasa bangga terhadap ketabahan bapanya menerima kekalahan pada Pilihan Raya Negeri (PRN) semalam.

Menerusi hantaran di Threads, Athira Aminuddin menyifatkan bapanya sebagai seorang pejuang yang kuat apabila masih mampu mengukir senyuman sepanjang malam biarpun berdepan keputusan yang tidak memihak kepadanya.

“My strong fighter (pejuang hebat saya). Saya sangat bangga dengan bapa saya. Beliau masih lagi tetap tersenyum sepanjang malam walaupun mengalami kekalahan kerana jauh di sudut hatinya tahu bahawa beliau sudah memberikan segala yang termampu. tu sudah lebih daripada mencukupi,” katanya.

Athira dalam masa sama merakamkan penghargaan kepada seluruh rakyat Negeri Sembilan atas segala doa, kata-kata semangat dan sokongan yang diberikan kepada keluarganya sepanjang perjalanan politik bapanya itu.

“Sekarang, ayah boleh rehat sikit dan main dengan Haura,” katanya. – KOSMO! ONLINE

The post Anak Aminuddin titip mesej, bangga ayah kekal tabah selepas kalah appeared first on Kosmo Digital.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved