
Anak kedua kepada pelakon Amyza Aznan iaitu Adrian Adam mencuri perhatian ramai apabila membuat penampilan istimewa di pentas program Talk To My Manager (TTMM).
Adrian tampil mempersembahkan lagu Ku Mohon nyanyian asal Datuk Sheila Majid sebelum menerima sorakan dan standing ovation daripada penonton yang hadir.
Persembahan tersebut terlebih dahulu diumumkan oleh pengacara Aznil Nawawi sebelum Adrian naik ke pentas. Suara merdu anak muda itu nyata menyentuh hati ramai sehingga ada penonton dilihat gagal menahan sebak.
Malah, pengurus artis program TTMM turut kelihatan mengalirkan air mata ketika menyaksikan persembahan berkenaan.
@astrogempak 1 Malaysia tersentuh dengan persembahan Ian malam ni. Semoga Ian cepat sembuh min doakan 😭😭 Talk To My Manager Musim Ke-2 🗓️ Setiap Ahad 🕰️ 8.30 Malam | Checkout TTMM 2 ⏰ 9 Malam | Main Show TTMM2 📺 Astro Ria, sooka dan Astro One Strim lebih, jimat lebih dengan Astro One: Epic Pack. Dari RM159.99/bln*, nikmati 140+ saluran, sukan LIVE serta 7 aplikasi penstriman popular seperti Netflix, Disney+, iQIYI, Prime Video dan banyak lagi. Memang puas hati sekeluarga! #TalkToMyManagerMY #AstroOne
♬ original sound – Gempak – Gempak
Juri tetap, AC Mizal turut memuji kualiti vokal Adrian dan menyifatkan suaranya sedap didengar meskipun menyampaikan lagu tersebut dalam keadaan duduk.
Sementara itu, Amyza, 49, memaklumkan anaknya kini sedang giat menjalani rawatan bagi menangani kanser tulang yang dihidapinya.
“Sekarang ini dia sedang mendapatkan rawatan.
“Seterusnya baru kita tahu ketumbuhannya sudah merebak atau tidak,” katanya.
Baca juga:
Anak Amyza Aznan, Adrian curi perhatian di pentas TTMM
Bisnes merosot, Zul Yahya dedah anak isteri terpaksa bermalam di kedai
Alif Satar terharu ride Subuh ke masjid di Genting Highland raih sambutan
@fariqkhaled1 Adrian Adam 🎤 Ku Mohon ( a song from Dato Sheila Majid) Words can’t describe how much we’re proud of you tonight, and forever ❤️
Perkongsian itu sekali lagi membuatkan ramai penonton tersentuh hati, lebih-lebih lagi selepas melihat ketabahan Adrian membuat persembahan di hadapan umum.
Terdahulu, Amyza pernah berkongsi khabar duka apabila Adrian disahkan menghidap kanser tulang pada bulan Ramadan lalu.
The post Anak Amyza Aznan, Adrian curi perhatian di pentas TTMM appeared first on The Reporter.
