Ustazah Asma’ Harun Kesal Ramai Artis Veteran, Anak Selebriti Semakin Aktif Di Dunia Hiburan – “Ujian Buat Mereka”

LocalEntertainment
12 May 2026 • 3:09 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

Pendakwah bebas, Ustazah Asma’ Harun tampil menegur fenomena dunia hiburan yang menurutnya semakin mendapat perhatian ramai, termasuk dalam kalangan generasi muda.

Menerusi hantaran di Threads, Asma’ menyentuh mengenai kemunculan semula artis veteran yang kembali aktif di pentas hiburan, selain penglibatan anak-anak artis dalam program-program khas.

Advertisement

ustazah asma harun

Menurutnya, keadaan tersebut merupakan sebahagian daripada ujian dunia yang boleh membawa kepada kelalaian sekiranya tidak dikawal dengan baik.

Perkongsian itu turut mengundang pelbagai reaksi pengguna media sosial, dengan sebahagian bersetuju bahawa masyarakat terutama golongan muda perlu lebih berhati-hati agar tidak terlalu hanyut dalam hiburan.

View this post on Instagram

Malah, ada juga yang meluahkan rasa syukur kerana masih ada individu yang berani bersuara menegur perkara yang dianggap salah demi menjaga akidah dan iman daripada terpesong.

Teguran Asma’ Harun itu dilihat sebagai peringatan kepada umat Islam agar sentiasa menjaga keseimbangan antara tuntutan dunia dan akhirat, selain tidak lalai dalam mengejar hiburan semata-mata.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

jo ghazali2026-05-12 12:21:44

"Aku Tak Berapa Suka Orang Gemuk" - Johan Ghazali Kongsi Pandangan Tentang Obesiti

The post Ustazah Asma’ Harun Kesal Ramai Artis Veteran, Anak Selebriti Semakin Aktif Di Dunia Hiburan – “Ujian Buat Mereka” first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.