Anak-Anak Pasti Suka, Ini Resipi “Mini Marshmallow Pop”

Cooking
18 Jan 2024 • 4:05 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

image is not available

Anak-Anak Pasti Suka, Ini Resipi “Mini Marshmallow Pop”

Sebut sahaja manisan tentu ramai di luar sana menggemarinya lebih-lebih lagi golongan kanak-kanak. Warna, bentuk, saiz yang divariasikan sememangnya “menggoda” sesiapa sahaja.

Seiring perubahan zaman, manisan bukan sahaja merujuk kepada coklat atau bar coklat, malah ia muncul dalam pelbagai bentuk yang kita sendiri tidak sangka.

Ada yang berbentuk bulat, petak, panjang, berwajah kartun dan sebagainya. Jadi, tidak hairan mengapa ia sangat digemari oleh kanak-kanak mahupun golongan yang lebih tua.

Sama seperti Mini Marshmallow Pop ini, walaupun marshmallow boleh dimakan begitu sahaja, namun ia akan lebih ‘terasa’ jika dicelup dengan pelbagai perisa.

Antaranya perisa coklat, coklat susu, strawberi, karamel, teh hijau dan banyak lagi. Menariknya, tentang mini marshmallow pop ini tak ubah seperti rupa aiskrim.

Oleh itu, hari ini SK akan berkongsikan resipi mini marshmallow pop yang disampaikan oleh pemilik akaun TikTok @moeirajohnson. Ikuti perkongsiannya di bawah ini.

Resipi Mini Marshmallow Pop

image is not available
Gambar: TikTok @moeirajohnson

Bahan-bahan

Bahan-bahan yang digunakan dalam resipi ini termasuklah marshmallow, coklat susu, lolly stick, dan candy oil food color.

Cara penyediaan

Pertama, ambil coklat dan tuangkan ke dalam bekas untuk double boil atau steam.

Kedua, keluarkan marshmallow dan cucuk menggunakan lolly stick.

image is not available
Gambar: TikTok @moeirajohnson

Ketiga, celupkan marshmallow ke dalam coklat yang dah dicairkan tadi. Untuk warnakan atau perisa coklat susu boleh guna emulco atau candy oil food color.

Keempat, letakkan topping mengikut kesesuaian selera.

Kelima, biarkan marshmallow yang telah dicelup coklat hingga sejuk dan keras dengan sendiri. Suhu bilik pun sudah mencukupi.

Keenam, barulah marshmallow pop siap untuk dibungkus.

image is not available
Gambar: TikTok @moeirajohnson

Selamat mencuba dan semoga bermanfaat.

@moeirajohnson

Replying to @annarumbia 1. Cairkan coklat double boil atau steam 2. Cucuk marshmallow guna lolly stick 3. Celopkan marshmallow ke dlm coklat yg dah dicairkan tadi 4. Letak topping sesuai selera 5. Biarkan sampai coklat sejuk & keras sendiri… suhu bilik pon dah ok. 6. Siap utk dipacking Selamat mencuba & semoga bermanfaat… tq sudi folo akk #marshmallowpops #tutorial #chocolaterecipe #chocolatetutorial #stepbysteptutorial #easyrecipe

♬ Cuma Saya M.A.C – Andry

Sumber: TikTok @moeirajohnson