Anak autisme sertai BriskWalk Cinta Rasul

LocalHealth & Fitness
25 Aug 2026 • 11:09 AM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: Anak autisme sertai BriskWalk Cinta Rasul

KUALA LUMPUR: Program BriskWalk Cinta Rasul sempena sambutan Maulidur Rasul anjuran Pusat Autisme Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) memberi ruang kepada anak-anak autisme bersosial tanpa berasa terasing.

Ibu kepada seorang anak autisme, Norizah Mohd. Yunus, penglibatan anaknya dalam program itu bukan hanya sebagai aktiviti kecergasan sambil berselawat malah sebagai peluang untuk bergaul dan menikmati aktiviti bersama komuniti.

“Biar dia bersosial. Itulah sebab saya bawa dia sertai sekali,” katanya ketika ditemui pada program BriskWalk Cinta Rasul di Surau Ar Rayyan. Taman Bullion Mewah, Sentul di sini hari ini.

Norizah berkata, kehadiran guru yang cekap mengendalikan kanak-kanak autisme turut memberi keyakinan kepadanya untuk membenarkan anaknya menyertai aktiviti bersama peserta lain.

Dalam pada itu, seorang ibu kepada anak autisme dan guru Pendidikan Khas, Sa’adiah Mohd Saat berkata, program sebegitu penting kerana dapat meningkatkan keyakinan anak autisme untuk menyertai aktiviti bersama masyarakat.

“Melalui program ini juga mungkin dapat memberi satu impak yang baik untuk anak semakin boleh berkomunikasi dengan baik dalam kalangan yang sebaya ataupun yang lebih tua daripada anak,” katanya.

Menurut beliau, pendedahan kepada aktiviti seperti BriskWalk Cinta Rasul turut memberi manfaat dari aspek kemahiran komunikasi, kesihatan serta perkembangan motor halus dan motor kasar.

Program BriskWalk Cinta Rasul anjuran bersama Surau Ar Rayyan dan Pusat Autisme MAIWP itu diadakan sempena sambutan Maulidur Rasul 1448H dengan menghimpunkan komuniti setempat termasuk keluarga dan peserta daripada komuniti autisme.

Program bertemakan Sihat Bersama, Cinta Rasulullah itu menggabungkan elemen kesihatan, selawat, ukhuwah, kekeluargaan dan kesedaran mengenai autisme dalam suasana komuniti yang inklusif. – UTUSAN

The post Anak autisme sertai BriskWalk Cinta Rasul appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved