‘Anak bertuah ibu masukkan mutiara dalam lubang hidung’

Family & Parenting
9 Oct 2026 • 11:33 AM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: ‘Anak bertuah ibu masukkan mutiara dalam lubang hidung’

PETALING JAYA – Biduanita Negara Datuk Seri Siti Nurhaliza berkongsi detik cemas apabila anak bongsunya, Afwa terpaksa dikejarkan ke sebuah pusat perubatan setelah secara sengaja memasukkan beberapa biji manik mutiara ke dalam lubang hidungnya.

Pemilik nama Siti Nurhaliza Tarudin, 47, itu berkata, situasi tersebut disedari sebaik sahaja tiba di rumah setelah selesai mengadakan latihan konsertnya.

“Anak bertuah ibu, balik rumah dari latihan dia buat magik masukkan biji mutiara dalam lubang hidung. Dah kena pergi kecemasan.

“Masa ini Afwa tengah gementar, ibu lagilah tengah cuak. Macam manalah nak keluarkan manik mutiara itu macam besar saja.

“Nak kena buat pembedahan ke? Kena tunggu pakar ENT (Telinga, Hidung dan Tekak) datang,” katanya dalam InstaStory.

Bagaimanapun, pelantun lagu Cindai itu meluahkan rasa syukur apabila objek tersebut keluar dengan sendiri selepas anaknya terbersin.

“Dalam cemas, Afwa kata nak terbersin, tapi dia takut sangat.

“Agaknya tahan lama sangat nak bersih, dia lepaskan juga. Sekali keluar biji manik itu dengan hingus-hingus di tangan ibu.

“Alhamdulillah, tamatlah sudah cerita kami untuk hari ini,” kongsinya.

Untuk rekod, Siti mendirikan rumah tangga dengan Datuk Seri Khalid Jiwa atau mesra disapa Datuk K pada 21 Ogos 2006.

Perkahwinan mereka diserikan dengan dua orang cahaya mata iaitu Siti Aafiyah, 8, dan Muhammad Afwa, 5. – KOSMO! ONLINE

The post ‘Anak bertuah ibu masukkan mutiara dalam lubang hidung’ appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved