“Dia buat magic, dah kena pi emergency” – Siti Nurhaliza ‘Cuak’ Afwa Masukkan Biji Manik Dalam Lubang Hidung

EntertainmentFamily & Parenting
9 Oct 2026 • 12:00 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.

ft afwa

Penyanyi tersohor negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza berdepan dengan detik cemas ketika anak lelakinya, Muhammad Afwa tidak dapat mengeluarkan biji mutiara mainan dari lubang hidungnya.

Menerusi IG Story miliknya, Siti Nurhaliza menceritakan kejadian itu berlaku saat beliau baru pulang daripada menjalani latihan dan Afwa cuba ingin membuat ‘silap mata’ dengan memasukkan biji manik ke dalam lubang hidungnya.

Artikel berkaitan : “Mungkin ini persembahan terakhir bersama saya” – Siti Nurhaliza Kongsi ‘Bisikan’ Tun Hasmah Kepadanya

Artikel berkaitan : Siti Nurhaliza Buat Kejutan! Jemput Noraniza Idris Sebagai Penyanyi Undangan Di Konsert Gema Bumantara

Disebabkan itu, Afwa tidak dapat mengeluarkan biji mutiara tersebut dan ia membuatkan Siti Nurhaliza berasa cemas dan terpaksa membawa Afwa ke unit kecemasan hospital.

IMG 4767 IMG 4768

Bagaimanapun suasana kembali reda apabila Afwa terbersin dan biji manik itu terkeluar dari lubang hidung Afwa.

IMG 4769

Sumber : Harian Metro

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved