Rasa bangga dengan pencapaian anak itu normal. Bila anak pandai buat sesuatu, bila cikgu puji, bila dia dapat peluang yang kita dulu tak pernah ada, hati memang mekar. Itu tanda sayang.
Cuma dalam rasa bangga tu, ada satu ayat yang elok kita simpan elok-elok dalam hati
“Anak bukan trophi”
Anak bukan untuk kita flex. Bukan untuk kita jadikan bukti kejayaan hidup kita. Bukan untuk kita letakkan dalam CV, dan bukan juga untuk kita jadikan konten utama media sosial.
Anak ialah anak. Anak ialah anugerah. Bila kita faham anak itu anugerah, kita akan mula nampak dia sebagai manusia yang ada keistimewaan sendiri, bukan projek yang mesti jadi “perfect”.
Kejayaan dia adalah kejayaan dia. Dan peranan ibu bapa pula cantik sebenarnya. Kita bukan juri, bukan pengurus reputasi. Kita ialah pendorong. Kita ialah tempat anak balik bila penat. Kita ialah doa yang anak tak nampak, tapi selalu rasa.
.
Bukan Ibu Bapa Gagal
Dan kalau satu hari anak tak capai apa yang orang lain capai, itu bukan tanda anda ibu bapa yang gagal. Itu bukan tanda anda tak cukup baik. Sebab setiap anak ada musimnya. Ada jalan yang Tuhan bagi dia. Kita cuma temankan.
Yang paling indah, bila hubungan itu kuat, nanti bila kita tua, yang tinggal bukan sijil atau pingat. Yang tinggal adalah hati anak yang lembut.
Mungkin dia bukan award untuk almari.
Tapi mungkin dialah yang rajin pulang ke kampung. Mungkin dialah yang temankan anda waktu sunyi. Mungkin dialah yang paling setia doakan anda bila anda dah tak ada nanti.
Anak bukan trophy. Anak adalah anugerah. Dan anugerah paling cantik bila kita jaga dengan kasih dan amanah ❤️
Public Health M'sia (publichealthmalaysia@gmail.com) adalah seorang penulis dalam program Newswav Creator, di mana anda boleh berkongsi cerita, meluahkan pandangan anda, atau menjadi wartawan rakyat dan pada masa yang sama mengewangkan kandungan anda & menjangkau jutaan pengguna di Newswav. Log masuk ke creator.newswav.com dan daftar sebagai Newswav Creator sekarang!
Kandungan Pengguna (“User Content” seperti yang ditakrifkan pada Syarat Penggunaan Newswav) di atas termasuk pandangan yang dinyatakan dan media (gambar, video, petikan dan lain-lain) dimuatnaik & diterbitkan oleh pengarang. Newswav adalah platform pengagregatan yang semata-matanya mengehoskan kandungan. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan tentang kandungan karya, hak cipta atau isu lain, sila hubungi creator@newswav.com.




