Anak Dirotan Bapa Lebih 10 Kali Hingga Luka Teruk Gara-gara Bekerja Sebagai Jurujual

Entertainment
9 Aug 2023 • 3:37 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Hanya kerana bekerja sebagai seorang jurujual, seorang bapa tergamak menghayun lebih 10 sebatan menggunakan rotan sehingga mengakibatkan anak perempuannya mengalami luka teruk pada beberapa anggota badan.

Menurut sumber, kejadian itu berlaku di Kampung Melayu Raya, Segamat, Johor pada Selasa. Mangsa yang berusia 20 tahun kemudian membuat laporan polis berhubung kejadian itu pada 12.16 malam semalam.

Kata pihak polis, mangsa memaklumkan mengalami luka selepas dipukul menggunakan rotan berukuran kecil.

image is not available

Mangsa dirotan lebih 10 sebatan

“Siasatan awal mendapati kejadian berlaku jam 11 pagi ketika bapa mangsa juga penoreh getah dikatakan berada di rumah,” lapor Kosmo!

Difahamkan, ketika kejadian mangsa berada di rumah sebelum didatangi bapanya yang secara tiba-tiba bertindak merotan mangsa lebih 10 sebatan di betis, peha dan siku menggunakan rotan.

“Akibat kejadian itu, mangsa mengalami cedera teruk,” kata Ketua Polis Daerah Segamat, Superintendan Ahmad Zamry Marinsah.

Tak puas hati punca anak dirotan

Mengulas lanjut, siasatan awal mendapati bapa tersebut bertindak demikian kerana tidak berpuas hati terhadap anak perempuannya selepas mengikut saudaranya bekerja sebagai jurujual di Sungai Buloh tanpa pengetahuannya.

Suspek juga memiliki beberapa rekod jenayah lampau berkaitan curi dan menyamar sebagai penjawat awam direman tiga hari bermula Selasa.

Mangsa dimasukkan ke Hospital Daerah Segamat (HDS) untuk rawatan perubatan dan kes disiasat mengikut Seksyen 324/18A Akta Keganasan Rumah Tangga.

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.