Anak Ditahan Polis Selepas Video Depan Pejabat Zakat Tular, Ibu Rupa-Rupanya OKU Mental

LocalFamily & Parenting
16 Jul 2026 • 3:12 PM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

Tular di media sosial satu rakaman memaparkan seorang ibu warga emas hanya mampu berdiri kaku sambil menundukkan kepala ketika dimarahi seorang lelaki dipercayai anaknya sendiri.

Rakaman berdurasi beberapa saat itu benar-benar mengundang sebak orang ramai apabila wanita berkenaan dilihat menggenggam tangan dengan wajah penuh kesayuan di tepi jalan di hadapan pejabat zakat Sungai Petani.

Ibu ditolak kepala, tudung direntap

Lebih menyentuh hati, lelaki yang berada di atas motosikal itu turut dikatakan berkelakuan kasar dengan menolak kepala wanita berkenaan beberapa kali.

Dalam video yang tular, lelaki tersebut juga dilihat memegang satu objek di tangan dan didakwa seolah-olah mahu mengugut ibunya.

ibu

Memetik laporan Kosmo!, wanita berusia lingkungan 50-an itu berstatus orang kurang upaya (OKU) mental, manakala lelaki berusia lingkungan 30-an tersebut merupakan anak tunggalnya.

Mereka hadir ke pejabat zakat berkenaan bagi menghantar sebut harga kerja-kerja membaiki rumah di Kampung Segantang Garam, Merbok.

Suspek ditahan polis selepas video tular

ibu

Terbaru, polis menahan lelaki tempatan terbabit bagi membantu siasatan berhubung video tular yang memaparkan kejadian seorang ibu didakwa diugut anak sendiri.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Hanyan Ramlan berkata, suspek yang bekerja sebagai pengawal keselamatan dibawa ke mahkamah hari ini bagi permohonan reman untuk membantu siasatan.

Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan kerana ugutan jenayah.

Menurut Hanyan lagi, pihak polis akan menjalankan siasatan secara menyeluruh termasuk mengesan saksi kejadian.

Semakan mendapati suspek tidak mempunyai rekod jenayah lampau.

The post Anak Ditahan Polis Selepas Video Depan Pejabat Zakat Tular, Ibu Rupa-Rupanya OKU Mental appeared first on Oh! Media.
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved