Anak Dr Zulkifli Dapat Biasiswa MAIWP Pergi Jordan Tapi Ramai Netizen Persoal?

Entertainment
22 Sep 2023 • 5:12 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Biasiswa secara amnya ialah sejenis bantuan kewangan yang dikhaskan untuk pelajar bagi melanjutkan pelajaran mereka sama ada pada peringkat rendah di sekolah mahupun peringkat tinggi di universiti.

Baru-baru ini, bekas Menteri Agama, Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri berkongsi khabar gembira yang menyatakan anak lelakinya berjaya mendapat keputusan yang baik dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan bakal melanjutkan pengajian ke Universiti Jordan.

Dalam ciapannya di X, difahamkan anaknya itu akan menyambung pengajian dalam bidang Fiqh dan Usul Fiqh, anaknya itu mendapat tajaan biasiswa Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP).

Pun begitu, berita gembiranya itu menimbulkan persoalan ramai kerana Dr. Zulkifli merupakan bekas menteri serta senator, apabila anaknya itu mendapat tajaan sebegitu ianya seakan tidak adil buat mereka yang betul-betul memerlukan.

image is not available

Namun, Dr. Zulkifli ada menerangkan mengapa anaknya itu dapat biasiswa tersebut sekaligus menjawab persoalan netizen yang mempersoalkan perkara itu.

image is not available

Beliau memberitahu, terdapat satu kategori asnaf (orang Islam yang layak terima zakat) yang dinamakan asnaf fi sabilillah yang layak untuk mendapat bantuan jika mereka sedang dalam usaha yang bertujuan untuk menegakkan dan mempertahankan agama Allah.

Dr Zulkifli juga menjelaskan biasiswa yang diterima oleh anaknya itu bukanlah biasiswa tajaan biasa sebaliknya ia adalah biasiswa zakat.

Sumber: X,JAIS

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.