“Assalamualikum Abah” – Ramai Wanita Terpesona Tengok Wajah Anak Bujang Dr Zulkifli

Entertainment
22 Sep 2023 • 5:46 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Baru-baru ini, bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri ada membuat perkongsian di laman media sosial miliknya yang menarik perhatian warganet.

Dalam perkongsian itu, Dr Zul dilihat menghantar anaknya yang meraih keputusan cemerlang dalam peperiksaan SPM 7A + 1A ke lapangan terbang untuk melanjutkan pelajaran ke Universiti Jordan dalam bidang Fiqh dan Usul Fiqh.

Tidak dinafikan, timbul satu isu mengenai penerimaan anaknya Abdul Syakur mendapat biasiswa MAIWP, namun ada juga tumpuan netizen ke arah lain berkenaan dengan perkongsian ini.

Ketika menjengah ke ruangan komen, dilihat ramai individu yang terutamanya dalam golongan wanita terpesona melihat Abdul Syakur itu.

Malah, ada juga netizen yang samakan paras rupa Abdul Syakur dengan seorang penyanyi Korea Selatan iaitu Vernon dari kumpulan Seventeen.

image is not available image is not available image is not available image is not available image is not available image is not available image is not available image is not available

Laju aja mata netizen ni, hahahaha siap ada yang tawar diri nak jadi menantu. Apapun semoga Abdul Syakur dapat belajar dengan cemerlang dan memberi sumbangan kepada negara satu hati nanti. Insya-Allah.

Sumber : X

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.