Anak enggan habiskan sebab tak sedap, ibu dakwa ada ketulan jijik dalam air kotak

7 Aug 2024 • 12:51 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

image is not available
ketulan jijik dalam air kotak

Seorang ibu dawak ada ketulan jijik dalam air kotak anak susulan bekal yang disediakan tidak dihabiskan oleh kanak-kanak terbabit di sekolah dengan alasan minuman berkenaan tidak sedap.

Anak bawa balik air tak habis

Pengguna Facebook dikenali sebagai Irene Chong Renerene memaklumkan yang anaknya telah membawa pulang minuman yang tidak habis diminum ke rumah dengan alasan air berkenaan tidak sedap.

image is not available

Ketulan jijik dalam air kotak ditemui ketika nak buang

Walaupun pada awalnya dia sempat memarahi anaknya kerana tidak membuang sahaja air kotak tersebut, namun dia bersyukur kerana dapat melihat sendiri apa yang ada di dalam kotak minuman berkenaan sebelum dibuang ke tong sampah.

Ujar pengguna Facebook berkenaan, sewaktu membuang air yang tidak habis itu di dalam singki, dia dapati kotak tersebut seakan berat dan mempunyai sesuatu di dalamnya.

image is not available

Ketulan jijik dalam air kotak dalam air berperisa coklat

Susulan daripada itu, dia segera mengambil telefon bimbit untuk merakam sewaktu membuka kotak berkenaan sebagai bukti bahawa ada sesuatu yang aneh di dalam kotak air minuman berperisa coklat itu.

Ternyata, terdapat ketulan menjijikan tergumpal di dalam kotak air berkenaan dan mungkin menjadi punca rasa kurang enak yang dikatakan anak pengguna Facebook terbabit.

image is not available

Tarikh luput masih jauh

Dia juga menunjukkan bahawa tarikh luput untuk air tersebut masih lagi ada beberapa bulan dan sepatutnya dalam keadaan masih baik.

image is not available

Walau bagaimanapun, belum dapat dipastikan kesahihan perkongsian berkenaan dan pihak minuman tersebut juga tidak mengeluarkan sebarang kenyataan lagi.

Boleh jadi ia sekadar salah faham dan jika ia benar, mungkin pihak-pihak bertanggungjawab boleh mengambil tindakan.

Sumber: Facebook Irene Chong Renerene