Anak Fiza Halim Raih 9A SPM 2025, Cantik Dan Bijak Sampai Netizen Puji “Layak Duduk Istana”

LocalFamily & Parenting
3 Apr 2026 • 12:42 PM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

Kejayaan anak kepada pelakon Fiza Halim dalam peperiksaan SPM 2025 kini menjadi perhatian ramai apabila meraih keputusan cemerlang straight A.

Bukan sahaja membanggakan dari segi akademik, malah penampilan dan keperibadiannya turut mencuri perhatian netizen yang rata-rata memuji kecantikan serta kelembutan dirinya.

Raih 9A, bukti ‘beauty with brain’

Menerusi perkongsian di media sosial, anak Fiza Halim dilihat memegang keputusan SPM dengan pencapaian 9A, sekali gus membuatkan ramai kagum dengan usaha dan dedikasinya.

image is not available

Perkongsian tersebut jelas menunjukkan betapa ramai yang bangga dengan pencapaian tersebut, apatah lagi berjaya membuktikan bahawa kecantikan dan kepintaran boleh seiring.

Netizen puji kecantikan dan peribadi

Selain keputusan akademik, ramai juga netizen tidak ketinggalan memuji penampilan anak Fiza Halim yang dikatakan mempunyai aura lembut dan sopan.

image is not available

Rata-rata netizen juga mendoakan semoga Feera Aryanna terus berjaya dan menggapai cita-cita yang diimpikan.

Pssttt! Bukan mudah untuk capai kejayaan seperti ini, lebih-lebih lagi bila berada dalam perhatian umum sebagai anak selebriti. Apa yang ditunjukkan ini patut dijadikan contoh bahawa kecantikan bukan segala-galanya, tetapi usaha dan ilmu yang akan membawa seseorang lebih jauh.

Kredit: Thread
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.

The post Anak Fiza Halim Raih 9A SPM 2025, Cantik Dan Bijak Sampai Netizen Puji “Layak Duduk Istana” appeared first on Oh! Media.