“Anak Guam Saya Tak Bekerja..”- Norjuma Didenda RM1,000, Mengaku Salah Tamp*r & Cakar wanita

LocalPolitics
20 May 2025 • 12:09 AM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

Anak guam saya tidak bekerja dan kini sedang melanjutkan pengajian di sebuah universiti tempatan. Bapanya yang bersara menanggungnya,” demikian rayuan peguam kepada bekas pengacara televisyen, Norjuma Habib Mohamed, 45, yang hari ini mengaku bersalah mencakar dan menampar seorang wanita, empat tahun lalu.

Norjuma yang kini bergelar pelajar sepenuh masa dijatuhi hukuman denda RM1,000 oleh Mahkamah Majistret selepas menukar pengakuan kepada bersalah di hadapan Majistret Noorelynna Hanim Abd Halim.

image is not available

Norjuma Didenda RM1,000

Mahkamah turut memerintahkan usahawan tudung itu dipenjara sebulan sekiranya gagal membayar denda tersebut.

Timbalan Pendakwa Raya, Iman Nurhidayah Ezani sebelum itu memohon hukuman setimpal yang boleh memberi pengajaran kepada tertuduh dan masyarakat umum.

Namun, peguam bela Norjuma, Faiz Kamal Jaafar, memohon agar anak guamnya dikenakan hukuman ringan atas faktor kewangan dan keadaan semasa tertuduh.

“Anak guam saya tidak bekerja dan kini sedang melanjutkan pengajian di sebuah universiti tempatan. Bapanya yang bersara menanggungnya,” katanya sambil merayu mahkamah mempertimbangkan hukuman denda sahaja.

image is not available

Norjuma didakwa mencakar dan menampar mangsa dalam kejadian kira-kira jam 10.30 pagi pada 18 Oktober 2021 di sebuah kondominium di Wangsa Maju.

Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga setahun atau denda maksimum RM2,000 atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.

Sebelum ini, Norjuma pernah berdepan beberapa pertuduhan berasingan termasuk menyebabkan kecederaan dan merosakkan harta di lokasi sama.

Pada 27 Jun tahun lalu, empat Mahkamah Majistret mengeluarkan waran tangkap terhadapnya selepas gagal hadir bagi sebutan lima pertuduhan jenayah yang dihadapinya.