Anak Hairul Azreen Menangis Nak Jumpa Pemain Badminton Negara, Lee Zii Jia Datang Rumah Buat Kejutan

Entertainment
27 Jun 2024 • 11:11 AM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available
lee zii jia

Sedih Alisa Aisyah bila dengar pemain badminton kegemaran dia, Lee Zii Jia sudah balik dan tak sempat jumpa dia. Anak kepada pelakon, Hairul Azreen dilihat menangis kerana tidak dapat berjumpa dengan Zii Jia sebab belum balik dari sekolah.

Zii Jia bagaimanapun membuat kejutan pada keesokan harinya selepas datang ke rumah Hairul dan Hanis Zalika. Momen itu dikongsikan Zii Jia di Instagram yang turut mengucapkan terima kasih kerana sudi menjamu makan tengah hari di rumah.

“A good catch up + homecook lunch (ps: A champion starts from grassroots) Thanks abang dan akak for having us.” – Lee Zii Jia.

image is not available

Reaksi Alisa mestilah terkejut lepas tu malu-malu pula bila nampak abang Zii Jia depan mata. Sempat jugalah Alisa smash abang Zii Jia dekat muka, kah!

Kredit: Instagram

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.