“But daddy promise…” – Menangis Kena ‘Prank’, Anak Hairul Azreen Teruja Dapat Jumpa Lee Zii Jia

Entertainment
27 Jun 2024 • 1:16 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Selain daripada mengidolakan selebriti, ramai juga yang memilih atlet kebangsaan sebagai inspirasi.

Sama seperti anak kepada pelakon ternama tempatan, Hairul Azreen iaitu Alisa Aisyah yang sangat meminati pemain badminton Malaysia, Lee Zii Jia.

Dalam sebuah video yang dikongsikan oleh pelakon Paskal dalam Instagram miliknya itu, mulanya dia berseloroh dengan anak perempuannya itu dan mengatakan pemain perseorangan lelaki itu tidak dapat datang.

Perkara itu menyebabkan Alisa menangis kesedihan kerana tidak dapat berjumpa dengan idolanya itu namun secara tiba-tiba Lee Zii Jia datang memasuki kediaman mereka.

Teruja dengan kejutan itu, Alisa sempat bergambar dan menunjukkan bakatnya dalam bermain badminton.

“Guna cable dengan betul ni”

Video itu membuatkan ramai netizen cemburu tetapi lebih ramai yang kagum kanak-kanak itu memilih atlet sebagai idolanya, perkara itu dilihat agak rare bagi kanak-kanak seusianya.

image is not available

Aduh, min pun nak jumpa LZJ!

Sumber: Instagram

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.