Menangis nak jumpa, anak Hairul Azreen tersipu malu Lee Zii Jia datang rumah

27 Jun 2024 • 10:09 AM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

image is not available

Anak Hairul Azreen, Alisa Aisyah sempat menangis apabila tidak berkesempatan bertemu jaguh bandminton perseorangan lelaki negara, Lee Zii Jia susulan belum pulang dari sekolah.

Tak sempat jumpa sebab belum balik sekolah

Dalam perkongsian yang dimuat naik Hairul, Alisa dilihat sayu apabila bapanya memakumkan yang atlet negara tersebut sudah pulang.

Anak Hairul Azreen tersipu malu, Lee Zii Jia datang lagi esoknya

Ujar kanak-kanak tersebut, dia hendak bertemu dengan Lee Zii Jia dan mahu atlet muda itu kembali datang ke kediaman mereka.

Ternyata, Zii Jia telah membuat kejutan dengan datang semula keesokan hari ke rumah aktor Hairul Azreen dan Hanis Zalika bagi bertemu dengan Alisa.

image is not available

Anak Hairul Azreen tersipu malu, teruja dapat jumpat idola

Momen tersebut dikongsikan pemain badminton terbabit di Instagram dengan mengucapkan terima kasih kepada pasangan selebriti terbabit serta anak mereka kerana sudi menjamu makan tengah hari di rumah.

Dapat dilihat yang Alisa begitu gembira apabila dapat bertemu dengan atlet kesayangannya dan bermain badminton bersama.

image is not available

Macam mana nak jadi Alisa?

Menjengah ke ruangan komen, ramai yang ‘cemburu’ dengan keberuntungan yang diperoleh kanak-kanak comel itu kerana dapat bertemu dengan idola anak muda.

Mereka juga berharap suatu hari nanti dapat juga berjumpa dengan atlet badminton terbabit memandangkan kerap melihatnya bersaing dalam perlawanan badminton di kaca televisyen.

image is not available

Kita pun nak jumpa Lee Zii Jia juga

image is not available

Betul2 guna ‘cable’ ni

image is not available

Sumber: Instagram hairulazreen, leeziijia