Anak Happy Main, Ibu Dapat Ilmu – Komuniti Anak Genius Memang Inspiring!

Family & ParentingLifestyle
30 Sep 2025 • 6:41 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Jenama kesihatan & gaya hidup terkenal, Eskayvie, sekali lagi mencuri perhatian bila menganjurkan Komuniti Anak Genius – program eksklusif yang menyatukan ibu & anak dalam suasana penuh kasih sayang, ilmu dan aktiviti menyeronokkan.

Bertempat di Locarasa Restaurant & Patisserie, Kuala Lumpur pada 28 September lepas, acara intim ini mengumpulkan lebih 20 pasangan ibu dan anak terpilih untuk hujung minggu yang betul-betul bermakna.

image is not available

Ruang Belajar + Bermain

Berbeza daripada seminar parenting biasa, Komuniti Anak Genius gabungkan perkongsian ilmu, selebriti inspirasi, serta pakar nutrisi — semuanya dalam suasana mesra keluarga.
Ibu dapat ilmu parenting & motivasi
Anak pula enjoy di Messy Play Zone, photobooth & booth kreativiti

image is not available

Inspirasi Dari Selebriti & Pakar

Acara dikendalikan oleh hos TV popular Uyaina Arshad, yang berjaya menaikkan mood sejak awal.

Aishah Sinclair berkongsi pengalaman penuh makna dalam topik “What I Wish I Knew Before They Became Teens” – tentang pentingnya komunikasi kecil di usia muda untuk bina kepercayaan bila anak meningkat remaja.

Betty Rahmad pula menginspirasikan ibu-ibu dengan kisah realiti melalui topik “Balancing My Plate: From Baby Bottles to Business Orders”, bagaimana dia mengimbangi dunia perniagaan dengan tanggungjawab sebagai ibu.

image is not available

Turut mencuri perhatian ialah Najwa Ghafar, yang anaknya Noah pernah tular menghafal sifir di usia 2 tahun. Dengan topik “Raising Little Geniuses Starts With Big Patience”, Najwa mengingatkan bahawa sabar dan konsisten adalah kunci melahirkan anak genius.

Sementara itu, Pn. Nureen Rosman (Pakar Nutrisi Eskayvie) dan Dr. Farah Farhana (Doktor Perubatan Eskayvie) menyampaikan fakta penting tentang nutrisi awal kanak-kanak. Mereka menerangkan bagaimana Eskayvie Mindtropic & Mindtropic Junior boleh menyokong fokus, memori dan emosi anak-anak – bukan sekadar belajar, tapi membesar jadi individu seimbang.

image is not available

Misi Eskayvie

Menurut Puan Kartika Wati Mohamed, Pengarah Urusan Eskayvie, Komuniti Anak Genius bukan sekadar acara, tapi permulaan gerakan untuk bantu ibu bapa melahirkan generasi anak bijak, yakin diri & ceria melalui nutrisi berkualiti serta pengalaman bermakna.

image is not available

Nak terus dapat update tentang parenting tips & event akan datang?
Follow Eskayvie di Instagram& TikTok
Nak tahu lebih pasal Mindtropic Junior? Klik
sini