“Anak itu beban” – Influencer Anggap Tiada Zuriat Punca Kekal Awet Muda

Entertainment
14 Feb 2023 • 12:42 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Memiliki wajah awet muda merupakan idaman ramai wanita. Pasti ramai wanita berasa gelisah jika mukanya kelihatan tua dari usia sebenar.

Baru-baru ini tular di media Indonesia yang mana seorang influencer yang dikenali sebagai Gita Savitri telah menarik perhatian netizen kerana mengeluarkan kenyataan bahawa wanita yang sudah berkahwin dan tidak mempunyai zuriat adalah salah satu punca kekal awet muda.

Bahkan, Gita juga berpendapat wanita tanpa anak dapat tidur yang cukup iaitu selama lapan jam tanpa tertekan mendengar jeritan daripada anak, menurut laporan Astro Gempak.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Gita Savitri Devi (@gitasav)

Kenyataan tersebut dikeluarkan oleh Gita selepas menjawab sebuah komen daripada pengikutnya di akaun Instagramnya, namun telah membangkitkan rasa kurang senang netizen.

“Saya yang berumur 24 tahun pun kalah dengan Kak Gita, padahal sudah berusia 30 tahun. Awet muda sangat ni,” komen seorang individu.

Gita kemudian membalas komen tersebut dengan mengeluarkan kenyataan bahawa tidak mempunyai anak adalah cara semulajadi untuk mengekalkan awet muda.

Walaupun kenyataan itu mengundang pelbagai reaksi, Gita tetap menegaskan untuk tidak mempunyai anak dan menganggap anugerah Ilahi itu sebagai beban.

image is not available

“Iya, buat saya anak itu beban. Bagi anda anak itu anugerah, buat saya beban sebab itu saya tak mahu untuk mempunyai anak,” ujar Gita di sesi live Instagram.

Perkara itu telah mencetuskan kontroversi kerana disifatkan seperti menyindir wanita yang sudah berkahwin dan bergelar ibu. Netizen juga merasakan influencer itu sombong dengan anugerah yang Tuhan berikan.

Malah, netizen menganggap kenyataan itu salah apabila membandingkan Gita dengan beberapa selebriti tanah air mereka yang berusia 50 tahun ke atas tetapi tetap nampak muda.

Difahamkan, Gita dan suaminya membuatkan keputusan untuk tidak memiliki anak sejak 2021.

image is not available

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.