‘Anak kau abai, parti kau sampai, lelaki bodoh…’

Family & ParentingLifestyle
26 Oct 2026 • 12:01 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: ‘Anak kau abai, parti kau sampai, lelaki bodoh…’

PETALING JAYA – Penyanyi Kaka Azraff mengundang perhatian ramai apabila menyelar lelaki yang memilih untuk berseronok berbanding melunaskan tanggungjawab terhadap anak sendiri.

Tidak menyebut mana-mana nama secara spesifik, Kaka atau Nor Atiqa Noor Azraff, 37, menyifatkan individu sebegitu adalah tidak berakal.

“Anak kau abai, parti kau sampai.

“Lelaki bodoh tidak ada akal,” katanya dalam satu hantaran Threads.

Dalam hantaran berbeza, Kaka juga menyifatkan sikap tersebut sememangnya layak untuk menerima kecaman.

“Tidak marah, tak benci.

“Tapi layak dimaki,” katanya lagi.

Rentetan itu, rata-rata netizen membuat andaian perkongsian tersebut ditujukan kepada bekas suaminya, Adam Azriff namun tidak menolak kemungkinan juga hantaran tersebut dimuat naik rawak.

“Sabarlah Kaka, memang lumrah jumpa lelaki tak guna.

“Bekas suami ke? Selalunya bila sudah cerai, baru akan nampak warna sebenar,” komen netizen.

Terdahulu, Kaka sah bercerai talak dua dengan Adam pada 4 Jun lalu di Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam, Selangor.

Untuk rekod, Kaka sebelum ini pernah bercerai pada 28 Oktober 2024, namun kembali rujuk pada awal tahun 2025 iaitu ketika masih dalam tempoh idah.

Untuk rekod, Kaka dan Adam mendirikan rumah tangga pada 14 Disember 2018 dan hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan tiga cahaya mata lelaki iaitu Aslan, 6, Aryan, 5, dan Atta Adam. – KOSMO! ONLINE

The post ‘Anak kau abai, parti kau sampai, lelaki bodoh…’ appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved