“Kami kepenatan” – Tular Marah & P*kul Anak Dalam Lift, Wanita Tampil Mohon Maaf

Family & Parenting
23 Oct 2026 • 4:27 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.

ft pukul anak

Satu insiden yang mengejutkan tersebar di media sosial baru-baru ini, apabila seorang wanita dan suaminya dilihat tergamak melakukan kekerasan fizikal terhadap anak lelaki mereka sendiri di dalam sebuah lif hotel.

Kejadian berkenaan telah mencetuskan kemarahan mendalam dalam kalangan netizen yang rata-ratanya mengecam tindakan melampau wanita dan suaminya kerana tergamak melempiaskan kemarahan mereka terhadap anak yang masih kecil.

Menyedari perbuatan itu tular, wanita dikenali sebagai Ayu Vidya telah tampil memuat naik hantaran permohonan maaf secara terbuka menerusi akaun Instagram miliknya.

Dalam hantaran tersebut, wanita yang bekerja dalam bidang pemasaran dan perhubungan awam yang menetap di Cirebon, Indonesia ini mengakui bahawa tindakan mengasari anaknya di dalam lif itu berlaku ketika proses check-out hotel.

Dia dan pasangan pada ketika itu berada dalam keadaan keletihan dan emosi yang tidak terkawal.

858088166 17910977604557372 2753481006865791240 n 1

Berikutan itu, Ayu memohon maaf dan menyatakan bahawa dia kini sedang memperbaiki hubungan dan psikologi anak-anaknya itu.

“Berkenaan video tular tindakan saya terhadap anak lelaki saya di dalam lif, disebabkan keadaan ketika itu sedang check-out hotel dan terlalu penat, saya ingin menyampaikan permohonan maaf yang mendalam dari lubuk hati saya yang paling dalam.”

“Tiada sebarang alasan yang boleh membenarkan kekerasan fizikal terhadap anak. Ketika itu saya terikut emosi dan khilaf, dan itu sepenuhnya murni kesalahan saya.”

Katanya lagi, fokus utamanya kini adalah untuk memulihkan emosi anaknya serta membaiki hubungan mereka sekeluarga, di samping menganggap teguran keras masyarakat sebagai satu pengajaran paling bermakna dalam hidupnya.

“Saat ini saya fokus untuk membaiki hubungan dengan anak saya dan memulihkan keadaan psikologinya. Terima kasih atas teguran keras daripada masyarakat, ini menjadi pengajaran terbesar dan paling berharga dalam hidup saya.”

Sumber: Threads

Sumber: Threads

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved