“Anak & Kerja Kami Macam Mana?” – Ibu Mengadu Sekolah Tutup Sebab Jerebu Cetus Perdebatan

LocalFamily & Parenting
9 Oct 2026 • 2:30 PM MYT
BuzzKini
BuzzKini

Laman Berita Social Malaysia

Ikuti saluran TikTok, WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.

Semalam (8 Oktober), Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) mengarahkan semua institusi pendidikan di kawasan yang mencatatkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) melebihi 180 ditutup bermula hari ini (9 Oktober).

Manakala sekolah di kawasan yang mencatatkan bacaan IPU melebihi 150 secara berpanjangan selama tiga hari berturut-turut pula hendaklah ditutup bermula 12 Oktober. Ini bagi melindungi murid dan warga pendidik daripada terdedah kepada keadaan jerebu yang boleh menjejaskan kesihatan.

Difahamkan sebelum ini, ramai ibu bapa dan penjaga meminta kementerian dan para pendidik mempertimbangkan penutupan sekolah memandangkan situasi jerebu yang dilihat tidak reda malah semakin berterusan di sesetengah kawasan di Malaysia.

Asap beracun itu bukan sahaja mengundang ketidakselesaan dan pemandangan yang tidak jelas, bahkan paling serius ia berisiko tinggi menyebabkan masalah kesihatan.

View on Threads

‘Kerja Ibu Bapa Macam Mana Kalau Anak Cuti’ – Ibu Bapa

Bagaimanapun, ada juga pihak yang tidak bersetuju selain mempersoalkan arahan penutupan sekolah yang diumumkan KPM semalam. Seorang ibu berkata, tiada individu yang boleh memantau anak-anak di rumah sepanjang ibu bapa keluar bekerja.

“Cikgu asyik cuti je dan sekolah asyik tutup je. Anak-anak kami ni macam mana? Kerja kami? Harap KPM cakna isu ini,” dakwa seorang ibu.

Image from: “Anak & Kerja Kami Macam Mana?” – Ibu Mengadu Sekolah Tutup Sebab Jerebu Cetus Perdebatan
Sumber: Threads

Namun begitu, kenyataan wanita tersebut tidak begitu tepat kerana para guru masih perlu bekerja memandangkan Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PDPR) akan dilaksanakan sepanjang penutupan sekolah.

Image from: “Anak & Kerja Kami Macam Mana?” – Ibu Mengadu Sekolah Tutup Sebab Jerebu Cetus Perdebatan
Sumber: Threads

“Ni Bukan Zaman Covid, Semua Termasuk Ibu Bapa Duduk Dekat Rumah” – Netizen

Namun seorang lagi wanita turut menzahirkan perkara sama dan menyifatkan arahan saat akhir menyebabkan ibu bapa tidak sempat untuk menguruskan anak-anak yang perlu ditinggalkan di rumah sepanjang mereka bekerja.

“Sekolah ditutup kerana jerebu, pembelajaran secara PDPR. Kena ingat bukan semua mak bapak suri rumah. Yang kerja swasta tak ada bekerja dari rumah (BDR).

“Yang kerja kerajaan pun ada yang kena kerja. Macam mana nak pantau anak-anak yang sekolah rendah tu PDPR? Ni bukan zaman Covid, semua duduk umah,” tambahnya.

Seorang bapa juga memberi pandangan lebih kurang sama seperti wanita-wanita berkenaan.

“Sekolah ditutup kerana jerebu, tapi pejabat mak ayah beroperasi seperti biasa. Dah kalau mak ayah meninggal, tak ke yatim piatu budak-budak tu. Cutikan kami sekali tolong” katanya.

Image from: “Anak & Kerja Kami Macam Mana?” – Ibu Mengadu Sekolah Tutup Sebab Jerebu Cetus Perdebatan
Image from: “Anak & Kerja Kami Macam Mana?” – Ibu Mengadu Sekolah Tutup Sebab Jerebu Cetus Perdebatan
Sumber: Threads

Baca Artikel Berkaitan: Semua Sekolah Di Kawasan Catat IPU Lebih 180 Ditutup Mulai Esok, 9 Oktober

‘Semua Salahkan Cikgu, Padahal Sekolah Tutup Sebab Jerebu’ – Amin Idris

Perkongsian dan persoalan tersebut kemudiannya telah mendapat perhatian ramai netizen, ada yang bersetuju namun majoriti berpandangan sebaliknya.

Pengacara dan pendakwah bebas, Amin Idris berkata, ibu bapa tidak sepatutnya terus menyalahkan para guru kerana situasi jerebu ini melibatkan keselamatan dan kesihatan murid.

Oleh disebabkan itu, penutupan sekolah adalah satu keputusan yang wajar diambil oleh pihak kementerian.

“Inilah contoh manusia yang suka menyalahkan orang tanpa melihat kepada diri sendiri. Semua salah cikgu. Padahal sekolah ditutup sementara kerana jerebu. Bukan cuti lepak rumah terus.

“PDPR masih berjalan. Bila tak cuti salah, bila cuti pun salah. Inilah pentingnya jadi ibu bapa cerdik agar melahirkan anak-anak yang cerdik,” katanya.

View on Threads

Malah beberapa netizen turut mengkritik perkongsian wanita berkenaan seolah-olah mahu menyalahkan guru walhal urusan anak-anak di bawah tanggungjawab ibu bapa. Apatah lagi sekolah bukan pusat jagaan anak-anak.

Tegas mereka, tugas guru adalah mendidik dan bukannya mengasuh. Bahkan ada juga yang memuat naik semula hantaran berkenaan yang sebelum ini pernah mengkritik peserta Keretapi Sarong pada bulan lalu dengan alasan jerebu.

Image from: “Anak & Kerja Kami Macam Mana?” – Ibu Mengadu Sekolah Tutup Sebab Jerebu Cetus Perdebatan
Sumber: Threads

Berikut antara komen-komen netizen:

Image from: “Anak & Kerja Kami Macam Mana?” – Ibu Mengadu Sekolah Tutup Sebab Jerebu Cetus Perdebatan
Image from: “Anak & Kerja Kami Macam Mana?” – Ibu Mengadu Sekolah Tutup Sebab Jerebu Cetus Perdebatan
Sumber: Threads

Baca Artikel Berkaitan: Isu Jerebu: Sekolah Di Pulau Pinang Kekal Dibuka Namun Aktiviti Luar Ditangguh

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved