Jerebu: Ibu bapa mula bawa pulang pelajar asrama

LocalFamily & Parenting
9 Oct 2026 • 1:50 PM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: Jerebu: Ibu bapa mula bawa pulang pelajar asrama

PUTRAJAYA: Penutupan sekolah susulan jerebu di Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan di sini memberi peluang kepada ibu bapa untuk membawa pulang anak masing-masing yang tinggal di asrama sekolah.

Ia susulan arahan penutupan sekolah oleh Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Putrajaya (JPWPP) hari ini akibat jerebu teruk melanda Putrajaya sejak seminggu lalu.

Tinjauan di salah sebuah sekolah di sini mendapati, ibu bapa dilihat mula memasuki sekolah kira-kira pukul 7 pagi tadi bagi membawa pulang anak masing-masing.

Difahamkan, kesempatan itu turut diambil sempena cuti hujung minggu selain menunggu arahan seterusnya daripada pihak sekolah dan JPWPP serta KPM.

Bagaimanapun, setakat ini, murid masih belum dimaklumkan mengenai perkembangan seterusnya berhubung sesi persekolahan mereka minggu hadapan.

Difahamkan, murid hanya dimaklumkan bahawa mereka dibenarkan pulang hari ini, manakala sebarang keputusan lanjut tertakluk kepada arahan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).

Sementara itu, bapa kepada salah seorang murid yang mahu dikenali sebagai Azhar, 40, berkata, dia menyambut baik arahan penutupan sekolah itu memandangkan keadaan jerebu semakin teruk.

“Kita tidak tahu, mungkin ada juga murid yang mengalami masalah kesihatan dan wajar bagi pihak KPM melaksanakan arahan penutupan sekolah hari ini,” katanya yang menetap di Shah Alam, Selangor.

Suasana di sekitar sekolah di Putrajaya lengang pagi ini susulan penutupan institusi pendidikan itu bagi mengutamakan keselamatan dan kesihatan murid serta warga pendidikan.

Menurut JPWPP, guru dan anggota kumpulan pelaksana (AKP) turut dibenarkan bekerja dari rumah (BDR) sepanjang tempoh penutupan itu, berdasarkan pertimbangan Menteri Pendidikan. – UTUSAN

The post Jerebu: Ibu bapa mula bawa pulang pelajar asrama appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved