Anak Mat Redho Dilaporkan Hilang Di TTDI

21 Oct 2024 • 3:50 PM MYT
Gempak
Gempak

Portal Hiburan No.1 Malaysia!

image is not available

Anak kepada pelakon, Mat Redho dilaporkan hilang selepas dipercayai pulang dari sekolah.

Menerusi perkongsian di Instagram (IG), Mat Redho berkongsi maklumat anak lelakinya, Haq Medin, 7, yang kali terakhir dikesan di perhentian bas Sekolah Kebangsaan Taman Tun Dr Ismail 2. 

Aktor itu turut berkongsi anak lelakinya itu memakai baju kuning, seluar biru, kasut hitam berserta beg sekolah berwarna hijau. 

“Bantu share. Semoga dipermudahkan,” tulis Mat Redho.