Polis Mohon Bantuan Kesan Lelaki Hilang

21 Oct 2024 • 10:55 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

Polis Mohon Bantuan Kesan Lelaki Hilang

KUANTAN, 21 Okt (Bernama) — Polis meminta bantuan orang ramai bagi mengesan seorang lelaki yang dilaporkan hilang sejak 11 Okt lepas di Taman Saga, Bentong.

Ketua Polis Daerah Bentong Supt Zaiham Mohd Kahar berkata pihaknya menerima laporan mengenai kehilangan Khairul Amir Ismail, 24, pada 3.43 petang tadi.

Beliau berkata lelaki itu berkulit sawo matang, mempunyai ketinggian dianggarkan 165 sentimeter dengan berat lebih kurang 60 kilogram dan kali terakhir dilihat berpakaian kemeja T berkolar (corak berbelang coklat putih) dan berseluar panjang warna hitam.

“Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan individu tersebut diminta tampil ke balai polis berdekatan,” katanya dalam kenyataan malam ini.

Maklumat juga boleh disalurkan dengan menghubungi pusat kawalan daerah lbu Pejabat Polis Daerah Bentong di talian 09-2222222.

Sumber: BERNAMA

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved