Anak Muncul Selepas Viral, Netizen ‘Panas’ Isu Abah Rastam

LocalLifestyle
3 May 2026 • 12:01 AM MYT
The Malaysian Update
The Malaysian Update

Portal berita pilihan anda untuk isu semasa, politik, hiburan, & banyak lagi

Image from: Anak Muncul Selepas Viral, Netizen ‘Panas’ Isu Abah Rastam

SUBANG, JAWA BARAT – Kisah kehidupan warga emas, Abah Rastam, sekali lagi mencuri perhatian apabila tular di media sosial mengenai kemunculan dua anaknya selepas rumah baharu hampir siap dibina hasil bantuan Aisar Khaledd.

Menerusi perkongsian tersebut, kedua-dua anak Abah tampil memberikan penjelasan di hadapan Aisar. Anak perempuannya difahamkan tinggal berdekatan, manakala anak lelaki pula berada kira-kira dua kilometer dari kediaman Abah.

Namun, situasi tersebut mengundang rasa kurang senang dalam kalangan netizen apabila mengenangkan kesusahan yang pernah dilalui Abah sebelum ini, termasuk terpaksa makan daun singkong (pucuk ubi kayu) kerana ketiadaan beras.

Reaksi Netizen: ‘Datang Masa Senang Sahaja’

Rata-rata netizen meluahkan rasa geram terhadap sikap anak-anak Abah yang dilihat hanya muncul selepas keadaan bapanya bertambah baik.

Malah, di ruangan komen, ramai secara terbuka menyuarakan kekecewaan dengan nada sinis dan marah terhadap situasi tersebut. Ada yang menyifatkan tindakan itu sebagai tidak mengenang jasa, malah mempersoalkan kehadiran mereka yang hanya muncul ketika keadaan sudah berubah.

Antara reaksi yang mencuri perhatian termasuklah komen seperti “tak tahu diri, lebih baik ditinggalkan sahaja daripada menambah tekanan,” selain ada yang berpendapat individu yang enggan berusaha tidak wajar dibantu.

Tidak kurang juga yang mencadangkan agar bantuan difokuskan hanya kepada Abah dan anak istimewanya, manakala pihak lain yang didakwa bersikap sambil lewa seharusnya tidak diberi ruang.

Dalam masa sama, terdapat dakwaan bahawa salah seorang anak Abah datang dengan niat meminta wang, namun enggan bekerja walaupun ditawarkan bantuan modal, sekali gus menguatkan lagi rasa tidak puas hati dalam kalangan netizen.

Kisah Sebenar Abah Rastam

Terdahulu, kisah Abah Rastam, 83, menjadi perhatian ramai selepas dibantu oleh Aisar Khaledd yang turun padang sendiri ke Subang, Jawa Barat.

Abah dilaporkan tinggal dalam keadaan serba daif bersama anak perempuannya, Wina, yang mempunyai sindrom Down.

Bantuan Aisar Ubah Nasib

Melihat keadaan itu, Aisar tampil menghulurkan bantuan berupa wang tunai dan barangan keperluan asas, selain berjanji untuk membina semula rumah Abah agar lebih selesa didiami.

Projek pembinaan rumah tersebut kini difahamkan telah siap sepenuhnya, sekali gus mengubah kehidupan Abah dan anaknya ke arah yang lebih baik.

Cetus Empati, Namun Undang Kontroversi

Tindakan Aisar bukan sahaja meraih pujian ramai, malah turut mencetuskan gelombang empati dalam kalangan masyarakat.

Namun begitu, kemunculan semula ahli keluarga Abah selepas kisahnya tular menimbulkan pelbagai reaksi, termasuk kecaman netizen yang mempersoalkan keikhlasan mereka.

Walaupun begitu, ramai tetap memuji usaha berterusan Aisar Khaledd dalam membantu golongan memerlukan tanpa mengira sempadan negara.  – The Malaysian Update

The post Anak Muncul Selepas Viral, Netizen ‘Panas’ Isu Abah Rastam appeared first on The Malaysian Update.

View Original Article