Anak Murid Mengadu Ada Pergaduhan Dalam Kelas, Rupanya Nak ‘Surprise’ Hari Jadi Ustaz

Entertainment
23 May 2024 • 4:38 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Lain orang, lain cara mereka menghargai orang yang tersayang. Lebih-lebih lagi, jika insan tersebut merupakan seorang guru yang banyak berkorban jasa dan tenaga untuk menyebarkan ilmu kepada diri kita.

Murid prank ustaz konon ada pergaduhan

Tular di TikTok baru-baru ini tentang seorang ustaz yang menyambut hari lahir bersama murid-muridnya di sekolah agama. Pada mulanya, ustaz tersebut pelik melihat pintu sebuah kelas yang ditutup rapat.

Kata ustaz tersebut, murid-muridnya tahu tarikh lahirnya pada hari tersebut dan ada yang sudah memberitahunya semalam tentang kejutan yang bakal dilakukan.

Diorang tahu birthday saya hari ni.. dah bertutup kelas. Takpelah, layan jelah kita rekod je video ni sebagai kenangan.

Kemudian, seorang murid perempuan mengadu ada ‘pergaduhan’ berlaku di dalam kelas sehingga ada pelajar yang tercedera.

Waktu rehat tiba-tiba dorang report ada budak lelaki bergaduh sampai berdarah.

@pakostad9

Pertama kali birthday di sambut ala-ala artis #pakostad

♬ Lagu Sedih Menyentuh – Sihon oye

Kumpul duit untuk buat surprise!

Sampai sahaja guru tersebut di pintu masuk, murid-murid di dalam kelas itu terus melaungkan ucapan hari jadi bersama-sama. Mereka dilihat gembira menyambut hari lahir guru itu sambil menyanyikan lagu ‘Happy Birthday’ buat cikgu tersayang.

Lebih terharu, murid-murid di dalam kelas tersebut mengumpul duit bersama-sama untuk membeli barang hiasan bagi menyambut hari istimewa guru tersebut.

Kumpul duit sama-sama beli belon buat birthday party. Lihatlah segala belon, topeng, bunyi semuanya… speechless.

Ketua kelas tersebut memberikan ustaz hadiah jambangan bunga yang digubah sendiri. Kemudian, murid-murid dari kelas lain juga turut menyambut hari ulang tahun guru itu.

Terima kasih meraikan saya. Saya tak minta pun semua ini tapi bersungguh awak buat untuk saya, Jangan lupa selitkan nama saya dalam setiap doa awak ya. Love you guys. Saya simpan sini sebagai kenangan kita sampai bila-bila.

Meninjau ke ruangan komen, ramai netizen terharu melihat video tersebut dan memuji cara murid-murid tersebut menghargai guru mereka.

image is not available

Sebak min tengok video tu..

Sumber: TikTok

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.