Tak kenal Dolla, ahli SMDX diselar Julfekar-“Belum apa2 sudah ‘attitude problem'”

Music
23 May 2024 • 4:00 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Ahli SMDX diselar komposer terkenal, Julfekar susulan tindakannya yang membuat siaran langsung dan menjawab pertanyaan netizen sama ada mengenali kumpulan Dolla ataupun tidak.

Group baru dari Sabah

SMDX merupakan kumpulan nyanyian baru yang dianggotai tiga orang wanita dari Sabah telah mengeluarkan muzik video menyanyikan semula lagu Original Sabahan dengan koreografi tarian yang lebih kekinian.

image is not available

Ahli SMDX diselar tak kenal Dolla

Potongan video rakaman siaran langsung yang dibuat salah seorang anggota kumpulan SMDX dikenali sebagai Elle telah tular dan mendapat perhatian Julfekar.

Ujar komposer tersebut, tindakan Elle yang mengatakan tidak mengenali kumpulan Dolla dilihat sebagai satu perkara tidak wajar lebih-lebih lagi mereka baru sahaja mengeluarkan muzik video pertama.

image is not available

Belum apa-apa lagi sudah ada ‘attitude problem’. Baru satu lagu release, itu pun bukan lagu diorang sendiri, lagu revival lagu orang ja pun, sudah jadi buduh sumbung,”

Ahli SMDX diselar, Julfekar saran berlatih PR

Julfekar yang pernah mengangkat nama-nama penyanyi besar Tanah Air menegur cara Elle menjawab soalan daripada netizen kerana dilihat sombong dan kurang cerdik.

Jadi, dia menyarankan agar penyanyi baru itu untuk berlatih menjawab soalan apabila berdepan dengan umum supaya tidak merosakkan nama kumpulan ataupun pihak SMDX mengeluarkan sahaja ahli yang membuat malu mereka.

“Cara menjawab tu biarlah nampak cerdik dan humble bah. Nda rugi merendah diri. Ini cara menjawab tu bah..aduiina… patutlah kena kecam.

Kena training PR kamu ni. Bikin rusak nama SMDX ja. Kali..rasanya SMDX kena kick dia dari group. Janganlah bikin malu urang Sabah hmmm,” tulisnya.

image is not available

Dolla tu dah terkenal dekat oversea

Menjengah ke ruangan komen, ramai yang setuju dengan pendapat Julfekar apabila mendengar cara penyanyi baru itu berinteraksi dengan orang ramai di media sosial.

Mereka juga membandingkan sikap Elle dengan anggota kumpulan Dolla yang mana jauh lebih ‘humble’ walaupun kini sudah menempah nama di luar negara.

image is not available

Ramai je tak kenal ahli kumpulan Dolla, tapi tahu mereka ada dalam industri

image is not available

Baik SMDX cari calon lain

image is not available

Kejutan budaya la tu baru jadi artis

image is not available

Sumber: Facebook Julfekar