Anak Perempuan Karam Singh Walia Meninggal Dunia 38 Hari Selepas Pemergian Bapa

16 May 2026 • 12:00 AM MYT
The Malaysian Update
The Malaysian Update

Portal berita pilihan anda untuk isu semasa, politik, hiburan, & banyak lagi

Image from: Anak Perempuan Karam Singh Walia Meninggal Dunia 38 Hari Selepas Pemergian Bapa

KUALA LUMPUR – Pemergian anak perempuan kepada mendiang Karam Singh Walia, Sharonjit Kaur Karam Singh, pada Rabu lalu mengundang rasa hiba ramai.

Berita duka itu dimaklumkan oleh Politeknik Premier Port Dickson menerusi satu hantaran di Facebook rasmi institusi berkenaan.

Menurut kenyataan tersebut, Sharonjit merupakan pensyarah di Jabatan Pengajian Am politeknik itu dan disifatkan sebagai seorang insan yang sangat berdedikasi sepanjang berkhidmat.

“Hari ini warga Politeknik Premier Port Dickson amat berdukacita atas pemergian sahabat dan rakan sekerja kami, Sharonjit Kaur Karam Singh, pensyarah di Jabatan Pengajian Am.

“Seluruh warga institusi merakamkan ucapan takziah kepada keluarga mendiang atas kehilangan yang amat perit ini.

“Jasa, dedikasi dan kenangan bersama beliau akan sentiasa terpahat dalam ingatan,” katanya.

Pergi Hanya 38 Hari Selepas Bapa Tercinta

Pemergian Sharonjit turut menyentuh hati ramai apabila beliau ‘pergi’ hanya 38 hari selepas bapanya, Karam Singh Walia, meninggal dunia pada 6 April lalu.

Untuk rekod, Karam Singh yang cukup dikenali sebagai wartawan penyiaran ikonik Malaysia dilaporkan meninggal dunia pada jam 3.30 pagi di kediamannya di Klang.

Nama beliau sebelum ini sangat sinonim dalam dunia kewartawanan tempatan menerusi gaya penyampaian dan laporan alam sekitar yang dekat di hati masyarakat. – The Malaysian Update

The post Anak Perempuan Karam Singh Walia Meninggal Dunia 38 Hari Selepas Pemergian Bapa appeared first on The Malaysian Update.