38 Hari ‘Pemergian’ Karam Singh Walia, Anak Sulung Pula Meninggal Dunia

15 May 2026 • 8:40 PM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

Anak sulung bekas wartawan penyiaran TV3, Karam Singh Walia dilaporkan meninggal dunia kelmarin, hanya 38 hari selepas bapanya menghembuskan nafas terakhir akibat barah hati pada 6 April lalu.

Meninggal dunia selepas 38 hari pemergian bapa

Pemergian Sharonjit Kaur, 43, yang merupakan pensyarah di Jabatan Pengajian Am Politeknik Port Dickson dikongsikan menerusi media sosial rasmi politeknik berkenaan.

Image from: 38 Hari ‘Pemergian’ Karam Singh Walia, Anak Sulung Pula Meninggal Dunia

Rakan baik terkejut dapat berita pemergian Sharonjit

Memetik laporan daripada Kosmo! rakan baik mendiang, Chong Ling Ling atau Emilie menyatakan mereka mula rapat sejak tujuh tahun lalu selepas menjadi rakan sekerja dan hubungan itu akhirnya menjadi seperti keluarga sendiri.

Katanya, dia mengetahui berita kematian Sharonjit kira-kira pukul 8.45 pagi selepas menerima dua permintaan rakan di Instagram daripada adik mendiang, Manpreet dan anak buahnya, Esha.

“Hati saya dah rasa pelik, kenapa hantar friend request sebelah pagi ini? Tetapi saya tetap tekan acccept, adik mendiang terus membuat panggilan menerusi Instagram Call, saya hanya ingat tiga perkataan sahaja, Sharon Passed Away.
“Saya menangis kerana tidak dapat terima berita kematian kawan baik saya.
“Kami sudah janji menjalankan program sangkutan industri pensyarah (SIP) bersama, mendiang melaporkan diri pada Isnin lalu dan saya kelmarin,” katanya.

Image from: 38 Hari ‘Pemergian’ Karam Singh Walia, Anak Sulung Pula Meninggal Dunia

Menurut Emilie lagi, Sharonjit dilaporkan meninggal dunia ketika sedang tidur di kediamannya.

Sumber: Facebook Politeknik Primier Port Dickson, Kosmo! (Nor Ainna Hamzah)

The post 38 Hari ‘Pemergian’ Karam Singh Walia, Anak Sulung Pula Meninggal Dunia appeared first on Borak Daily.