‘Anak ramai belum tentu boleh jaga ibu bapa dah tua...' Siti Elizad kongsi pesanan deep mak cik yang tidak kenali

LocalFamily & Parenting
15 Apr 2025 • 11:05 AM MYT
SinarPlus
SinarPlus

SinarPlus is a portal based on News, Current Affairs and Lifestyle content

image is not available

SETIAP pasangan yang berkahwin pasti ada keinginan untuk mempunyai anak sendiri.

11 tahun usia perkahwinan bukanlah satu tempoh yang sekejap. Persefahaman antara suami isteri amat diperlukan supaya perkara ini dapat dihadapi bersama.

Selebriti tanah air, Siti Elizad Mohd Sharifuddin, 41, dan suaminya antara insan terpilih yang perlu menerima kenyataan masih belum dikurniakan zuriat sehingga ke hari ini.

Melalui sesi podcast Ruang Cerita bersama FBI & Nana di zayan.my, beliau berkongsi rasa dengan pendengar tentang perasaannya.

image is not available

“Saya menunaikan umrah dan menangis sepuas hati memohon agar ALLAH mengurniakan saya zuriat sendiri. Sampai sekarang saya masih berfikir, saya takut apabila saya dan suami dah tua nanti siapa yang nak doakan saya. Bila saya meninggal dunia nanti, siapa yang akan ziarah kubur dan doakan saya” katanya sambil menitiskan air mata.

Ketika itu, ALLAH takdirkan Elizad bertemu dengan seorang wanita yang tidak dikenali. Sambil memegang bahunya dengan lembut dan berkata:

“Elizad, mak cik tahu kamu tiada zuriat. Jangan sedih ya. Mak cik ada lapan orang anak. Sekarang ni mak cik tinggal di kampung tapi tiada seorang pun anak mak cik yang tinggal dengan mak cik. Rasa sedih sebab mengharapkan anak balik kampung tetapi masing-masing sibuk dengan urusan. Elizad, awak terlepas dengan rasa sedih dan pedih di dunia ni” ujar wanita tua itu.

Ucapan keramat warga emas itu membuka mata Elizad dan menjadi sumber kekuatan untuknya sehingga ke harini.

Melalui kata-kata makcik ini, Elizad tahu bahawa ada anak yang ramai belum tentu lagi mereka akan menjaga ibu ayah sendiri.

Kini, beliau tidak lagi mempersoalkan kenapa masih belum dikurniakan zuriat sendiri. Ada hikmah tersembunyi yang beliau sendiri tidak tahu.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved