Anak Rizalman dibenarkan pulang, bebas komplikasi

LocalHealth & Fitness
8 Sep 2026 • 10:26 AM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Anak Rizalman dibenarkan pulang, bebas komplikasi

PETALING JAYA – Selepas 10 hari dirawat di hospital akibat kemalangan, anak kepada pereka fesyen terkenal Datuk Rizalman Ibrahim, Umar Nail dibenarkan pulang ke rumah semalam.

Rizalman, 54, berkata, doktor memaklumkan Umar tidak mengalami sebarang komplikasi, sebaliknya hanya perlu menjalani pemeriksaan susulan dari semasa ke semasa.

“(Kata doktor) Umar dibenarkan pulang dan keluar dari hospital hari ini (semalam) tanpa perlu ke mana-mana hospital swasta.

“Beliau bebas daripada sebarang komplikasi selain hanya perlu datang ke hospital untuk membuat pemeriksaan susulan,” katanya menerusi hantaran di Instagram Story.

Menerusi perkongsian beberapa video, kelihatan pemuda berusia 27 tahun itu memasuki rumah dengan berjalan perlahan sebelum masuk ke bilik tidur untuk berehat.

Menurut Rizalman, doktor turut memuji semangat anaknya itu yang disifatkan mempunyai iltizam tinggi untuk segera sembuh.

“Umar memerlukan rehat yang cukup bagi proses penyembuhan seterusnya. Progres penyembuhan serta semangat Umar sangat luar biasa,” ujarnya.

Pada masa sama, Rizalman tidak ketinggalan menzahirkan penghargaan kepada pasukan petugas kesihatan di Hospital Kuala Lumpur (HKL) serta Hospital Selayang yang memberikan rawatan terbaik terhadap permata hatinya.

“Terima kasih dan syukur tidak terhingga di atas penjagaan dan ilmu Allah kurniakan kepada kalian yang telah kalian praktikkan ke atas Umar,” katanya.

Terdahulu, pada 29 Ogos lalu Umar yang berada di laluan pejalan kaki di Wangsa Walk, Wangsa Maju mengalami kecederaan dalaman selepas dilanggar lori ais yang mengundur.

Dalam kejadian berkenaan, Umar dibawa orang awam mendapatkan rawatan di hospital dan dilaporkan kritikal.

Umar merupakan anak angkat pertama Rizalman yang dipelihara sejak menuntut di Universiti Teknologi MARA (UiTM). – KOSMO! ONLINE

The post Anak Rizalman dibenarkan pulang, bebas komplikasi appeared first on Kosmo Digital.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved