Boleh ‘Cutikan’ Anak Jika Ibu Bapa Bimbang Kesan Jerebu - Fadhlina

LocalEnvironment
7 Sep 2026 • 6:06 PM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

Boleh ‘Cutikan’ Anak Jika Ibu Bapa Bimbang Kesan Jerebu - Fadhlina

KUALA LUMPUR - Ibu bapa yang bimbang risiko jerebu terhadap kesihatan anak masing-masjng dibenarkan untuk tidak menghantar mereka ke sekolah, dengan syarat pihak sekolah dimaklumkan mengenai ketidakhadiran berkenaan.

Menteri Pendidikan, Datuk Seri Fadhlina Sidek berkata, Kementerian Pendidikan (KPM) memahami kebimbangan ibu bapa susulan kemerosotan kualiti udara di beberapa kawasan ketika ini.

“Saya memahami kebimbangan ibu bapa berhubung situasi jerebu ketika ini. Kami mendengar kebimbangan tersebut.

“Kesihatan dan keselamatan anak-anak sentiasa menjadi keutamaan dalam setiap tindakan yang kita ambil,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut beliau, setiap keputusan berkaitan operasi sekolah dibuat berdasarkan Pelan Tindakan Jerebu Kebangsaan, dengan bacaan rasmi Indeks Pencemaran Udara (IPU) daripada Jabatan Alam Sekitar (JAS) dijadikan sebagai rujukan.

Mengikut prosedur ditetapkan, semua aktiviti pembelajaran di luar bilik darjah perlu dihentikan apabila bacaan IPU melebihi 100.

Sekolah pula diwajibkan ditutup sekiranya bacaan IPU melepasi paras 200.

Bagaimanapun, Fadhlina berkata ibu bapa tidak perlu menunggu sehingga bacaan IPU mencapai paras tersebut sekiranya mereka merasakan keadaan udara semasa boleh menjejaskan kesihatan anak-anak.

“Jika ibu bapa berpandangan kualiti udara boleh mendatangkan risiko kepada kesihatan anak-anak mereka, mereka dibenarkan untuk tidak menghantar anak ke sekolah, dengan syarat pihak pentadbiran sekolah dimaklumkan,” katanya. - Getaran, 7 September 2026

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved