Tiga peserta KKEC dibenarkan pulang, lima lagi masih dirawat

LocalHealth & Fitness
8 Sep 2026 • 8:35 AM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Tiga peserta KKEC dibenarkan pulang, lima lagi masih dirawat

SHAH ALAM – Tiga peserta Komander Kesatria Endurance Challenge (KKEC) yang sebelum ini dirawat di Hospital Jengka telah dibenarkan pulang.

Universiti Teknologi Mara (UiTM) dalam kenyataan memaklumkan, berdasarkan laporan terkini empat lagi pelajar masih menerima rawatan di hospital sama.

Katanya, Liya Zafirah Muhammad dari UiTM Cawangan Perak, yang sebelum ini menerima rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Temerloh, berada dalam keadaan stabil dan akan dipindahkan ke wad biasa.

“Keutamaan UiTM ketika ini adalah kebajikan pelajar dan keluarga mereka. Universiti akan terus bersama mereka serta memastikan bantuan dan sokongan yang sewajarnya dapat disalurkan.

“UiTM akan terus mendapatkan perkembangan terkini pelajar yang masih menerima rawatan serta menyalurkan bantuan melalui saluran universiti yang berkaitan,” katanya hari ini.

Dalam perkembangan sama, Naib Canselor UiTM, Prof. Datuk Ts. Dr. Shahrin Sahib @ Sahibuddin menziarahi keluarga Allahyarham Fadlan Fakhry Salona Mohamad Falimal di Taman Bukit Subang di sini, semalam, selain menyampaikan sumbangan kepada bapa Allahyarham.

Shahrin memberi jaminan UiTM akan terus membantu keluarga Allahyarham dan mendoakan mereka diberikan kekuatan serta ketabahan menghadapi kehilangan berkenaan.

“Seluruh warga UiTM berkongsi kesedihan dengan keluarga Allahyarham. Kehilangan seorang mahasiswa merupakan kehilangan kepada keluarga besar UiTM.

“Kami mendoakan agar keluarga Allahyarham diberikan kekuatan, kesabaran dan ketabahan dalam menghadapi ujian ini,” katanya. – KOSMO! ONLINE

The post Tiga peserta KKEC dibenarkan pulang, lima lagi masih dirawat appeared first on Kosmo Digital.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved