“Anak Saya Sorang Je..” – Netizen Sebak Lihat Ayah Nangis Cari Jenazah Anak Di Hospital

26 Jun 2022 • 12:28 PM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available
jenazah anak

Tular rakaman video di media sosial memaparkan seorang bapa menangis menunggu kehadiran jenazah anak tunggalnya di jabatan forensik hospital sejurus mendengar khabar kematian daripada pihak polis.

Remaja tersebut yang berumur 18 tahun telah meninggal dunia kerana motosikal yang ditunggang bertembung dengan sebuah van di Jalan Batu Pahat-Mersing, Kluang Johor.

Ina Zalina, ibu kepada remaja tersebut memuat naik video di TikTok menunjukkan suaminya menangis mancari jenazah di hospital.

Korang boleh tengok sendiri dalam video, suaminya itu ditenangkan oleh saudara-mara yang turut ada di hospital.

Menurut Ina Zalina, arwah merupakan anak tunggalnya yang ditunggu selama enam tahun selepas perkahwinan.

Namun, Allah hanya pinjamkan arwah kepada dia dan suami selama 17 tahun saja. Allah..sedih sangat.

image is not available

Netizen yang menonton video tersebut semuanya sebak dan mendoakan yang terbaik buat keluarga ini.

image is not available

image is not available

image is not available

Kredit: TikTok

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media