“Best modification ever!” – [VIDEO] Netizen Terharu Lihat Anak Sanggup ‘Modify’ Kereta Untuk Mudahkan Bapa

Entertainment
20 Jun 2022 • 12:56 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Sudah menjadi amanah bagi anak-anak untuk menjaga ibu bapa yang sudah lanjut usia, sepertimana ibu bapa telah menjaga kita seperti menatang minyak yang penuh sejak kita lahir, begitu jugalah kita harus berbakti kepada kedua ibu bapa.

Walaupun ibu bapa yang berusia lebih suka untuk tinggal di rumah, namun kadangkala terdapat beberapa situasi di mana kita terpaksa membawa ibu bapa keluar, sebagai contoh untuk mendapatkan rawatan hospital atau berziarah.

Baru-baru ini, tular di laman TikTok apabila seorang anak dikatakan berbelanja hampir RM 3000 untuk mengubah suai keretanya bagi memudahkan bapanya yang uzur.

Video pendek yang dikongsikan oleh pengguna TikTok @mohdirwanshah46 itu menunjukkan dia mengubah suai tempat duduk penumpang hadapan yang membolehkan bapanya untuk menaiki kereta dengan lebih mudah.

Dalam ruangan komen, pemilik video berkenaan memberitahu anggaran kos pengubah suaian tempat duduk tersebut boleh menelan belanja kira-kira RM 2500 ke RM 3000 dan ia bergantung kepada penjual kerana barangannya sangat rare.

“Respect you bro!”

Setakat artikel ini ditulis, video tersebut telah menerima hampir dua juta tontonan dan lebih dua ribu komen. Rata-rata netizen kagum dengan pengubah suaian yang dilakukan dan tidak kurang juga yang memuji usaha lelaki tersebut.

image is not available

Semoga kita pun diberikan rezeki untuk berbakti kepada kedua ibu bapa…

image is not available

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.