Anak Tahun 1 Hilang Di Sekolah, Ibu Cemas Mencari Dakwa Ditengking & Kena ‘Boo’ Dengan Para Guru

LocalFamily & Parenting
24 Feb 2025 • 11:17 AM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Tular di media sosial baru-baru ini kisah yang dikongsikan seorang penjaga tentang detik cemas dilaluinya ketika berdepan dengan kehilangan anak perempuannya berusia 7 tahun di sekolah.

Menerusi perkongsian tersebut, wanita itu menceritakan kanak-kanak tersebut tiada di tempat menunggu sewaktu dia tiba untuk menjemput anaknya pada kira-kira jam 6 petang.

Difahamkan kejadian terbabit berlaku di salah sebuah sekolah di Shah Alam, Selangor dan ibu tersebut mendakwa beberapa orang guru di sekolah tidak memberi kerjasama dan tidak menghiraukan tentang anak murid yang hilang ketika itu.

image is not available

image is not available

Dakwanya, dalam keadaan panik tidak tahu keberadaan anaknya, guru-guru berkenaan memberikan jawapan ‘malas’ dan situasi menjadi tegang selepas itu.

Kami jaga murid beribu tau, bukan anak Puan je kami nak jaga. Lagipun yang hilang anak Puan, bukan anak saya.

Bukan itu sahaja, selepas salah seorang guru menemui anaknya di sekolah wanita tersebut mendakwa dia ditengking dan dipersalahkan pula. Malah dakwanya guru-guru turut ‘boo’ kepadanya ketika dia dan anaknya mahu beredar pulang.

image is not available

image is not available

 

Ada cikgu lain jadi saksi kejadian

Dalam pada itu, wanita tersebut turut berkongsi menerusi TikTok mesej diterimanya daripada salah seorang cikgu di sekolah tersebut yang akui menjadi saksi kejadian berkenaan.

Perkongsian itu mendapat perhatian ramai di media sosial di mana netizen memberikan pendapat masing-masing. Ada yang menyokongnya untuk terus mengambil tindakan tanpa berunding namun sesetengah netizen termasuklah warga pendidik lain berpendapat ada cerita lain di sebalik kisah ini.

Kena dengar cerita dua belah pihak.

image is not available

image is not available image is not available image is not available image is not available

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

image is not available 2 weeks ago

Baling Kerusi, Tarik Rambut & Sumbat Kertas Dalam Mulut Pelajar, Guru Didenda RM4900

 

View Original Article