
Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.
Dalam dunia pekerjaan hari ini, jangan terkejut jika anda ada rakan ‘sekerja’ yang masih lagi bersekolah. Ya, kanak-kanak sekolah yang mempunyai taraf yang sama di tempat kerja anda.
Mungkin idea ini masih asing bagi kebanyakkan orang tapi dalam lapangan e-sukan, atlet-atlet cilik kita mula menempa nama sendiri dan menjadikan minat dan hobi mereka sebagai punca rezeki masing-masing.
Pada 22 Feb lalu, Abdul Rahim Abdul Shukor, 34, yang sempat mewakili Malaysia sebelum ini, turut bertanding dalam kejohanan “Tekken Utara Championship” yang berlangsung di daerah Tasek Gelugor, Pulau Pinang.
Yang menariknya, selain Abdul Rahim, Dante Mikael Mohd Syamil, 10, turut sama bertanding semalam.
Atlet muda ini yang baru dalam darjah empat itu ditemani oleh ibu bapa serta datuk dan neneknya – dengan menaiki kereta dari Selangor ke negeri utara ini.
Rahim dan Dante, yang bernaung di bawah kelab My-Pro yang mempunyai wakil di hampir setiap negeri dalam negara ini, turun dengan misi bagi merebut tempat dalam pasukan My-Pro bagi Evo Perancis hujung tahun ini. Dalam lapangan e-sukan, tiada lagi pertandingan yang lebih berprestij dan ditunggu-tunggu peminat e-sukan selain acara ini dimana hadiah wang tunai diterima pemenang mencecah jutaan Ringgit.
“Saya sangat berterima kasih kepada pasukan My-Pro bagi peluang yang diberikan kepada saya.
“Sejak saya bersama My-Pro, skill (permainan) saya semakin berkualiti hasil dari latihan dan pendedahan yang diberikan kepada saya,” kata Dante apabila disoal.

Malah, ‘kecintaan’ Dante terhadap kariernya itu memang betul terserlah, melangkaui soal wang Ringgit. Walaupun menerima elaun dari kelab, Daniel lebih teruja untuk bercakap tentang kemudahan fasiliti dan program latihan yang kelab sediakan buat atlet mereka.
“Walaupun baru menyertai My-Pro hujung tahun lalu namun saya sudah beberapa kali dihantar menyertai pertandingan sama seperti atlet lain (yang lebih senior).”
Status atlet professional beliau juga tidak merubah diri Dante dan kemahuannya untuk menimba ilmu.
“Saya bersekolah sesi petang, jadi di waktu pagi saya gunakan untuk berlatih skil permainan saya,” jawabnya, menandakan kemampuannya untuk membahagikan masa antar karier dan pendidikannya.
Perkara tersebut turut disahkan bapa Dante sendiri, Mohd Syamil Hazwan.
“Dia tiada masalah ketidak hadiran dan tidak pernah cikgu sekolahnya memaklumkan kepada keluarga tentang isu pembelajaran atau masalah pergaulan dengan rakan sekelas,” kata bapa berumur 35 tahun itu.
Tournament Tekken Utara today wish me luck guys
Menurutnya lagi, bakat Dante dikesan ketika tempoh kawalan pergerakan Covid-19, dimana mereka berdua menggunakan sesi ‘gaming’ itu sebagai sesi ‘bonding’ seorang ayah dan anak terunanya.
“Masyarakat juga mula membuka mata kearah industri e-sukan dan sekiranya ini peluang Dante (dalam kerjaya) jadi kita akan bagi sokongan.
“Kita ikut peredaran zaman, karier zaman dahulu lain, zaman moden lain,” katanya lagi.

Sementara itu, bagi Rahim, bakat sahaja tidak mencukupi untuk seseorang menjadi pemain e-sukan yang berjaya.
“Minat dan bakat boleh dipupuk. Tetapi tanpa semangat dan disiplin, kita buat apa juga belum tentu akan menjadi.
“Saya dah aktif (selaku pemain e-sukan) professional) sejak bertahun. Alhamdulillah pendapatan mencukupi (hasil tajaan dan ganjaran pertandingan), tapi saya ada juga side-project biasa-biasa,” katanya sambil tersenyum.
Rahim, yang juga pernah mewakili Malaysia dalam acara Sukan Asia Tenggara sebelum ini berpesan kepada mereka yang mahu menjadi atlet e-sukan untuk bersungguh-sungguh dengan niat mereka perlu membuat ulangkaji bagi membuat perancangan hala tuju karier mereka nanti.
Antara isu utama atlet e-sukan ialah perancangan kerjaya mereka serta kelangsungan kehidupan selepas tamat karier nanti.
Ini sesuatu yang turut dipersetujui oleh Ahmad Tarmizi Mohamad Fozi, 38, wakil My-Pro Pulau Pinang merangkap ketua penganjur kejohanan semalam.
Ahmad Tarmizi berkata mereka yang mahu menjadikan bidang ini sebagai kerjaya perlu perancangan teliti untuk karier masing-masing.
“Ada berjuta ‘game’ di luar sana tetapi belum tentu ia mempunyai daya komersil tinggi untuk menarik perhatian penaja menganjurkan pertandingan dimana disitulah sumber utama kewangan, setidaknya untuk ‘game’ seperti Tekken.
“Ada berjuta-juta jenis ‘game’ tidak kira apa jua konso. Memang tak dinafikan yang di Malaysia juga ada syarikat e-sukan menguruskan atlet dan pasukan masing-masing. Jadi perlu ada setidaknya kajian game yang mana mahu difokuskan dalam karier nanti dan kemampuan kuasai skil dalam game tersebut,” katanya sebagai nasihat mereka yang bercita-cita mahu atlet e-sukan.



![“Ini Pendidik Sebenar” – Guru Jadikan Lagu Viral Sebagai Cara Ajak Murid Berzikir Raih Pujian [Video]](https://cdn.newswav.com/img/topic/entertainment.jpeg)
